Out of stock

Cerpen-Cerpen Underground

FAISAL TEHRANI adalah penulis novel sohor di Malaysia, yang telah menghasilkan jujukan karya fiksyen dan bukan-fiksyen. Beliau juga sekarang berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thukul Cetak (Cetakan pertama, 2015)
182 halaman


NOTIS: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789671304716 Product ID: 40597 Subject: Sub-subjects: , ,

Cerpen-Cerpen Underground merupakan kumpulan cerpen eceran Faisal Tehrani, yang dikutip daripada ‘Kumpulan Cerpen Underground’ dan ‘Lagi Cerpen-Cerpen Underground’, termasuklah beberapa mini cerpen yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini. Penulisan Faisal Tehrani ini adalah satu fasa dalam kepengarangan beliau yang amat menarik untuk ditelusuri oleh pengkaji, pengumpul, dan pengikut karya-karya beliau. Akan tetapi apakah ‘cerpen underground’? Adakah ia ‘subterranean fiction’ yang terjelma sebagai satu subgenre fiksyen advencer? Atau adakah ia fiksyen dengan latar atau plot bersandarkan ‘underground system’ di kota besar Kuala Lumpur?

Menurut Faisal Tehrani, beliau menetapkan judul ‘underground’ untuk ‘Kumpulan Cerpen Underground’, untuk merujuk kepada cerpen atau karya beliau yang ditolak oleh penerbit bergengsi waktu itu, seperti Utusan Publications, Creative Enterprise dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam erti kata lain, karya ‘reject’ oleh editor kerana dirasakan kurang sesuai untuk diterbitkan. Ramuan cerpen yang ditolak ini adalah antara lain; politik melawan penguasa, hak kaum kecil, adegan seks yang digunakan sebagai pertanyaan kepada pihak berkuasa dan penolakan terhadap kaum elitis. Di luar duga beliau, karya ‘underground’ ini, yang dianggap ‘kurang ajar dan tidak bermoral’, menempa status tersendiri dalam dunia kesusasteraan Malaysia.

Pendahuluan

1. Golf
2. Hukuman Mati
3. Kim Jong-Il Utus Kawat Tahniah
4. ‘I Like…’
5. Cawan Thomas
6. Cawan Thomas (2)
7. Main Undi-Undi
8. Kaki Botol
9. Merajuk
10. ‘Putu Mayam Telah Mati’: Uncle Muthy
11. Disneyland
12. Perbualan Ikan Sapu-Sapu & Ikan Pari
13. Pembunuhan ‘Straight Forward’
14. Lisbon
15. Sasha Tak Kisah Gambar Tidak Dipamer
16. Kesat
17. Jalan Mati
18. Menantu Nyonya Mansor
19. Rose Chan Dakwa Dahului Kiraan
20. Legenda Siti Tahlukah
21. Lara Budak Uranus
22. Pisang
23. Halle Berry
24. Pakcik Sudenthiram
25. Kulat
26. Nafas Terakhir Albuquerque
27. Dongeng Peniup Saksofon
28. Ketakjuban Bomoh Badin
29. Monolog Seorang Patriarch
30. Tiga Mini Cerpen Peminum Kopi
31. Lelaki Peminum Ethiopia Sidamo
32. Sebuah Gerai di Kaki Lima Kowloon
33. Hujan Belum Turun di Jakarta
34. Mama, I Love You
35. Setan Datang
36. Tiada Judul
37. KL di atas Bantal

Weight0.177 kg
Dimensions17.6 × 12.5 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author