Malaysia-Indonesia: Narasi-Narasi Lintas Budaya dan Negara

Disunting oleh MUHAMMAD FEBRIANSYAH dan HARIS ZUAN

SIRD (Cetakan Pertama, 2021)
232 halaman

RM39.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!

Malaysia-Indonesia: Narasi-Narasi Lintas Budaya dan Negara merupakan sebuah kumpulan esei yang menjadi cerminan hubungan inter-personal yang rumit namun mengikat kita yang mendiami ranah ini. Ia menawarkan sebuah kilasan terhadap dunia dalaman Asia Tenggara di mana idea kepemilikan bersama masih wujud, meskipun tidak semestinya diartikulasikan melalui perbendaharaan kata mencerminkan hal tersebut. Kualiti organik esei-esei ini—memandangkan ianya datang dari hati dan sangat dekat dengan pengalaman kita sehari-hari, kerinduan dan keresahan—menunjukkan kedudukannya sebagai suara pinggiran (subaltern) sebenar, iaitu mereka yang tidak semestinya berada di pusat kekuasaan atau yang memegang kuasa, tetapi hidup mereka dibentuk oleh kuasa—ekonomi, politik, diplomasi. Oleh itu, ia mencerminkan kehidupan sebenar masyarakat Asia Tenggara saat ini.

Dari pandangan seorang ahli akademik, esei-esei ini sangat penting kerana menawarkan sebuah gambaran terkini hubungan Malaysia-Indonesia dari kaca mata orang kebanyakan, di mana faktor kewarganegaraan dan politik yang melingkari mereka bukan merupakan pilihan, tetapi hasil daripada sebuah proses sejarah yang rumit dan kusut yang tidak dapat dikawal oleh nenek moyang kita. Kita boleh mengandaikan pelbagai realiti yang berbeza jika konflik-konflik geopolitik pada abad 18 dan 19 berlaku tidak seperti adanya. Bagaimana jika Malaysia dijajah oleh Belanda dan Indonesia dijajah oleh Inggeris (seperti yang hampir berlaku ketika Inggeris menduduki Jawa antara tahun 1811-1816)? Bagaimana jika Kepulauan Melayu dipisahkan bukan oleh Inggeris dan Belanda, tetapi oleh Perancis dan Sepanyol?

Ini ialah persoalan-persoalan yang merangsang kita untuk berfikir secara lebih mendalam dan lebih kritikal yang membawa kita pada keadaan hari ini. Ia juga menyedarkan kita bahawa dunia yang kita diami kini bukanlah hasil daripada sebuah proses sejarah yang lurus dan tetap, melainkan tercipta daripada pelbagai peluang dan kemungkinan.

Jika kita boleh menerima idea alternatif terhadap masa lalu dan hari ini, maka kita juga sepatutnya membuka diri terhadap gagasan alternatif terhadap masa depan. Kedudukan Asia Tenggara saat ini dan hubungan intra-Asia Tenggara tidak hanya mesti ditentukan terutamanya oleh logik pembentukan negara dan rundingan-rundingan antara negara, tetapi juga ada di tangan kita. Di luar ruang politik yang sangat tertutup ini, telah wujud banyak ruang perhubungan, interaksi, pertukaran yang produktif dan kerjasama yang boleh kita lihat dalam bidang seni dan juga akademik. Salah satu ironi daripada pandemik COVID-19 sekarang ini ialah, ia menjadikan Asia Tenggara semakin dekat dalam ruang maya, melalui media sosial dan sarana-sarana komunikasi atas talian.

Nilai korektif lain yang dapat dilihat dalam koleksi esei ini ialah, ia mengingatkan kita bahawa jiran-jiran kita selalu jauh tetapi dekat, berbeza tetapi sama. Kita, sesama kita, adalah “Seberangan Bagus” yang merupakan sebahagian lagi daripada kita dan siapa kita. Himpunan tulisan ini mengingatkan kita kepada kenyataan bahawa identiti selalu berkaitan dan identiti kita hanya lengkap jika kita mengambil kira bagaimana kita dilihat dan difahami oleh orang lain, dengan erti kata lain, Orang Lain itulah yang menjadi pelengkap kita. Ketika kita saling berhubung, bercakap, bertanya, dan menanggapi satu sama lain, kita juga mengenali siapa diri kita.

Adalah salah untuk berfikir bahawa kedekatan melahirkan pengetahuan, atau bahawa kita “mengenali” jiran-jiran kita hanya kerana mereka tinggal dekat dengan kita. Kedekatan itu sendiri tidak membuka pintu persefahaman, dan persefahaman datang bersamaan dengan komunikasi yang penuh perhatian dan ikhlas. Ketika kita membaca kumpulan tulisan di dalam buku ini, kita dapat melihat seberapa banyak—dan seberapa sedikit—kita saling mengenali, dan seberapa dekat—atau seberapa jauh—hubungan kita. Dalam semangat “Seberangan Bagus” yang datang untuk memaklum, menyatakan kebenaran, dan mendamaikan perbezaan antara kita, mari kita saling mengenal secara lebih dekat. Esei-esei di dalam buku ini merupakan cermin untuk diri kita dan kedudukan sebenar hubungan antara kedua-dua negara. Pada saat kita melihat kepada jiran-jiran kita, “Seberangan Bagus” kita, maka sebenarnya kita sedang merenung wajah diri kita sendiri.

Biodata Pengarang
Kata Pengantar : Seberangan Bagus: Menyatukan Kepulauan Melayu Sesudah Ratusan Tahun Penjajahan — Farish A. Noor
Catatan Penyunting

1. Negeri Harapan Bernama Malaysia
Tiyas Maulita

2. Menelusuri Jejak Nusantara di Amerika, Indonesia dan Malaysia
Azmil Tayeb

3. Muzik, Sastera, Makan, Jalan-jalan: Malaysia yang Asing tapi Dekat
Anitha Silvia

4. Anak Seberang
Azmyl Yunor

5. PAS, Kelantan, dan Malaysia yang Saya Ingat
Budiawan

6. Negara Jancuk Sahabat Selamanya
Sharifah Nursyahidah Syed Annuar

7. Antara Jerman, Indonesia, Malaysia dan Al Andalus: Sebuah Renungan Peribadi di Sekitar Makna Kerja Intelektual
Katrin Bandel

8. Belajar daripada Aktivisme Mahasiswa Indonesia
Jefry Musa

9. Malaysia dari Sudut Kerling Mataku
Putri Silaturrahmi

10. Bayang-bayang Malaysia di Indonesia
Ahmad Naziruddin Zakaria

11. Dari Desa ke Bandaraya: Kehidupanku di Malaysia
Raihana Mahmud

12. Indonesia Raya, Indonesia Kaya, Berjati Diri Merdeka
Muhamad Hanapi Jamaludin

13. Mencari Persamaan Bangsa Serumpun
Rita Audriyanti

14. Melayu dalam Tanda Petik: Sebuah Perjalanan Kehidupan Merentasi Selat
Muhammad Febriansyah

15. Nusantara dalam Sejarah Kampung Kami
Haris Zuan

Weight 0.397 kg
Dimensions 22.9 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Malaysia-Indonesia: Narasi-Narasi Lintas Budaya dan Negara”

Your email address will not be published. Required fields are marked *