Bahasa Melayu Abad ke-17: Dokumentasi Eropah

Penulisan bersama JAMES T. COLLINS dan KARIM HARUN

DBP (Cetakan pertama, 2023)
xvii + 241 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

In stock

ISBN: 9789834938253 Product ID: 40717 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Bahasa Melayu Abad ke-17: Dokumentasi Eropah membincangkan terjemahan, tatabahasa, kamus dan catatan-catatan oleh orang Eropah yang meliputi sumbangan orang Belanda, Jerman dan England yang memberikan gambaran penggunaan bahasa Melayu di Alam Melayu pada abad ke-17. Usaha awal untuk mencatatkan dan menerangkan kata-kata Melayu memang sudah dilakukan oleh para sarjana. E.D. Edwards dan C.O. Blagden, misalnya menulis kosa kata Melayu yang dikutip di Melaka oleh para pelaut Cina yang dikumpulkan dan diklasifikasikan oleh Yang Lin, seorang panitera arkib Cina sebagai kosa kata bahasa Melayu–bahasa Cina pada tahun 1560. Alessandro Bausani menerangkan daftar kata yang disusun oleh Antonio Pigafetta setelah mengunjungi Brunei dan Tidore pada tahun 1522. Denys Lombard juga menerbitkan kembali kamus Melayu–Belanda dan buku pelajaran perbualan Melayu, karya Frederik de Houtman (1603) semasa ditawan di Aceh pada akhir abad ke-16.

Namun demikian, hingga kini, tiada sebuah penelitian yang mencakupi semua pengkajian bahasa Melayu yang ditulis sebelum tahun 1600, sedangkan pada abad ke-17 minat orang Eropah terhadap bahasa Melayu amat menakjubkan dan luar biasa hingga menghasilkan penerbitan berbagai-bagai karya tentang bahasa Melayu dan dalam bahasa Melayu. Namun, kegiatan pengkajian bahasa Melayu pada abad ke-17 tidak mendapat perhatian para sarjana yang meneliti sejarah bahasa Melayu. Semua karya yang diterbitkan pada abad ke-17 yang meliputi terjemahan, kamus, buku perbualan, antologi sastera, buku panduan tulisan Jawi, esei tentang penggunaan bahasa Melayu, serta tatabahasa bahasa Melayu yang tertua belum dirujuk dan dikaji sebagai sumber penting dalam penyusunan sejarah bahasa Melayu. Oleh itu, buku ini membincangkan data bahasa Melayu dan maklumat tentang masyarakat penggunanya yang didokumentasikan oleh orang Eropah pada abad ke-17.

Prakata

1. Pelayaran dan Penulisan Belanda di Alam Melayu
2. Keberaksaraan dan Ketersebaran Bahasa Melayu
3. Bahasa Melayu di Pulau Ternate: Maklumat 1599
4. Leksikografi Melayu Awal
5. Ragam Bahasa Melayu dalam Tatabahasa Bahasa Melayu Tertua: Dialektologi dan Bukti Dalaman
6. Tatabahasa Bahasa Melayu Awal
7. Der Orientalisch-Indianische Kunst-Und Lust-Gärtner: Sumbangan Jerman dalam Kajian Dialek Melayu Abad Ke-17
8. Bahasa Melayu Abad Ke-17: Perspektif Pulau England

Bibliografi
Indeks

Weight0.299 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1.3 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.