Pemikiran Taṣawwuf Muḥammad Khaṭīb Langgīn (w. 1859M) memperkenalkan kitab Mi‘rāj al-Sālikīn sebagai salah satu sumber yang merakam sejarah perkembangan tradisi taṣawwuf di Aceh pada abad ke-19 dan juga mengkaji ajaran taṣawwuf Khaṭīb Langgīn yang ada di dalamnya. Metodologi yang digunakan adalah analisis sejarah teks dan kandungan kitab Mi‘rāj al-Sālikīn. Kitab tersebut merupakan sebuah kitab yang penting serta menjadi rujukan bagi tariqat Shaṭṭāriyyah di Aceh pada abad ke-19. Kitab ini tidak hanya mengandungi tatacara tariqat seperti talqin dan bay‘at dalam tariqat Shaṭṭāriyyah, tetapi juga menerangkan aspek-aspek penting dalam taṣawwuf yang mesti diketahui oleh seseorang sālik supaya dia mencapai kesempurnaan dalam amalan taṣawwufnya. Tambahan pula, berkenaan dengan perkembangan taṣawwuf, Shaykh Khaṭīb Langgīn juga menyebutkan bahawa pembahasan ma‘rifat adalah sesuatu yang sudah jarang diperkatakan pada zamannya. Oleh itu, beliau sangat berhati-hati dalam menerangkan idea-idea taṣawwuf kepada muridnya. Pada abad ke-16 dan ke-17, pemikiran taṣawwuf di Aceh telah mengalami perkembangan yang pesat. Hal ini dibuktikan dengan munculnya karya-karya penting yang dikarang oleh ulama-ulama muktabar pada zaman itu, seperti Ḥamzah Fanṣūrī, Shams al-Dīn Pasai, Nūr al-Dīn al-Rānīrī dan ‘Abd al-Ra’ūf al-Fanṣūrī. Namun, keberlanjutan tradisi keilmuan di Aceh khasnya dalam tradisi taṣawwuf selepas kejayaan abad ke-17 tidak banyak yang diketahui. Oleh itu, karya ini membincangkan perihal tradisi taṣawwuf di Aceh pada abad ke-19 dengan menelusuri kitab Mi‘rāj al-Sālikīn karya Shaykh Muḥammad Khaṭīb Langgīn (1762 M–1859 M) sebagai sumber rujukan utama.
Pemikiran Taṣawwuf Muḥammad Khaṭīb Langgīn (w. 1859M): Dan Perkembangan Tariqat Shaṭṭāriyyah Abad ke-19 Menerusi Kitab Mi‘rāj al-Sālikīn
NABILA YASMIN ialah pensyarah di Program Studi Sejarah Peradaban Islam, Fakultas Ilmu Sosial, UIN Sumatera Utara.
Rihla Media (Cetakan pertama, 2024)
xxii + 170 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM50.00
In stock
Penghargaan
Qalam Penyunting
Qalam Penulis
Pendahuluan
1. Kerajaan Aceh Dār al-Salām dan Tradisi Keilmuan Abad ke-17 hingga ke-19
2. Tentang Kitab Mi‘rāj al-Sālikīn
3. Tradisi Taṣawwuf di Aceh Abad ke-19 dalam Mi‘rāj al-Sālikīn
Kesimpulan
Lampiran:
Transliterasi Mi‘rāj al-Sālikīn Abad Ke-19
Transliterasi Mi‘rāj al-Sālikīn Abad ke-17
Manuskrip Mi‘rāj al-Sālikīn Abad ke-19
Senarai Rujukan
Indeks
Weight | 0.357 kg |
---|---|
Dimensions | 22.8 × 15.2 × 1.3 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet