Hikayat Panglima Nikosa dan Kecurian 5 Million Ringgit

Disunting oleh SYED OTHMAN SYED OMAR dan HAMZAH HAMDANI

DBP (Cekatan pertama, 2018)
viii + 129 halaman

RM15.00

In stock

Hikayat Panglima Nikosa dan Kecurian 5 Million Ringgit merupakan sebuah kajian karya terpilih bagi teks novel-novel terawal dalam sejarah kesusasteraan Melayu, iaitu Hikayat Panglima Nikosa (1876) dan Kecurian 5 Million Ringgit (1922). Kajian mendapati Hikayat Panglima Nikosa merupakan novel terawal di Malaysia yang dihasilkan oleh Ahmad Shawal bin Abdul Hamid pada tahun 1876. Novel ini mengisahkan perjuangan watak Panglima Nikosa yang memerangi musuh sehingga berjaya mengamankan negerinya semula. Selain itu, keunikan novel ini dapat dilihat menerusi persoalan yang diketengahkan oleh pengarang berkenaan dengan kepentingan pendidikan dalam kehidupan dan kaedah-kaedah pertanian berdasarkan sistem ekonomi yang menguntungkan.

Menurut Syed Othman Syed Omar, novel Kecurian 5 Million Ringgit ialah novel berbentuk detektif yang pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh Mohamad bin Mohd. Said pada tahun 1922. Novel ini mengisahkan kelicikan dan kepintaran watak John Sinclair, iaitu pencuri di Eropah dan watak Jack Hooker, iaitu penipu di Amerika Syarikat. Mereka mencuri dan mengumpulkan hasil curian untuk didermakan kepada orang-orang miskin. Walau bagaimanapun, kejahatan mereka akhirnya dapat dihidu oleh detektif yang terkenal di Amerika dan ketua polis yang masyhur dan hebat dalam membanteras jenayah. Kebijaksanaan kedua-dua pengarang dalam mengolah cerita menjadikan kedua-dua buah novel ini sangat menarik dan memberikan banyak pengajaran kepada pembaca.

Prakata

1. Pengantar – Hamzah Hamdani
2. Teks Hikayat Panglima Nikosa
3. Pengantar – Syed Othman Syed Omar
4. Teks Kecurian 5 Million Ringgit

Weight0.191 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.