Etnik Bidayuh dan Bale Gambang-Baruk: Identiti, Tradisi dan Perubahan

Penulisan bersama CHARLIE UNGANG dan AWANG AZMAN AWANG PAWI

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2024)
xx + 199 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM90.00

In stock

ISBN: 9789674883102 Product ID: 41070 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Etnik Bidayuh dan Bale Gambang-Baruk: Identiti, Tradisi dan Perubahan mengemukakan aspek tradisi, adat, norma, peraturan, modenisasi dan perubahan dalam membentuk budaya harian Bidayuh, aspek penekanan peranan dan kepentingan institusi Baruk dalam ‘mengawal selia’ adat dalam konteks peraturan sosial dan perundangan pada setiap binua Bidayuh. Dalam ilmu budaya, kawalan sosial ialah proses komuniti masyarakat berusaha memastikan pematuhan kepada nilai-nilai yang dipercaya mereka dan norma-norma yang wujud zaman berzaman. Proses ini berlaku secara tidak formal seperti melalui adat, norma, jangkaan mahupun secara formal seperti melalui penggunaan peraturan atau undang-undang rasmi. Usaha ini cuba menggali makna terpendam dalam konteks budaya tempatan, cuba memahami dan mencatat rujukan-rujukan khusus, tentang perilaku sosial dan manusia, mengumpul dan menjejak untuk memberikan makna, interpretasi peristiwa sosial, yang memerikan tingkah laku tempatan yang sesuai dengan konsep Thick Description saranan Clifford Geertz.

Bagi etnik Bidayuh, buku ini penting bagi sebagai dokumentasi budaya dan perubahan nilai, kesinambungan budaya, pemahaman aspek pembaharuan tradisi dalam kehidupan mereka, dampak modenisasi dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat setempat mereka. Dengan menyedari akar umbi dan sejarah kebudayaan mereka, aspek kesedaran identiti dapat dipupuk dan dijadikan sandaran kepada kesatuan Bidayuh. Sebagai etnik yang luwes terhadap perubahan, mementingkan pendidikan, bersikap moderat dan optimis kesemua aspek ini dapat dijejak dalam sejarah kebudayaan kalangan masyarakat Bidayuh. Buku ini sesuai bagi pembaca umum untuk mengenali etnik Bidayuh dan kebudayaan negeri Sarawak dan dunia Borneo-Kalimantan. Ini penting bagi memahami kepelbagaian budaya yang ada di Sarawak. Maka tiba masanya masyarakat umum untuk bersama-sama mengenali etnik Bidayuh melalui pembacaan buku ini bagi meraikan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Prakata
Pendahuluan

1. Asih Bidayuh: Sejarah dan Penempatan Awal Orang Bidayuh
Sejarah dan Ciri Budaya
Bale Gambang-Baruk: Ciri Budaya dan Identiti Bidayuh
Bidayuh Bau-Jagoi
Bidayuh Bi-Singai
Bidayuh Bi-Atah
Bidayuh Bi Pinyawa-Tibia
Bidayuh Salako-Rara
Bidayuh Bukar-Sadung
Perkembangan Pendidikan dalam Masyarakat Bidayuh

2. Adat, Kepercayaan dan Ritual
Sistem Adat dan Kepercayaan
Ngaba Ihang Inya Kabes
Pingarap Pimageg Tampa Da Ngundah Kita
Nyiken Manuk
Gawai Sawa Bala Bidayuh
Ngundah Pingirih-Ngase Pingirih

3. Bale Gambang-Baruk: Dulu dan Sekarang
Baruk di Kampung Gumbang
Bale Gambang-Baruk Kampung Gambang
Kewujudan Bale Gambang-Baruk di Kampung Gumbang
Karig Topat Baruk
Nchuon Prangka Kujuog Baruk
Mpijog Tungkang
Bale Gambang-Baruk di Kampung Opar Bau
Tibaan Ayeh Pimeret duoh Komban
Mungan Atuh Tanja
Lante Aras
Perubahan pada Seni Bina
Simbolisme dalam Bale Gambang-Baruk
Signifikan Manuk Tikuan
Simbolisme Antu Pingilamat
Simbolisme Tigundo thang Tayung Babeh
Signifikan Simbolisme Simangi Antu Baak

4. Bale Gambang-Baruk: Fungsi dan Peranan
Pusat Perayaan dan Ritual Pemujaan
Pusat Amalan Mistik dan Perbomohan
Kuta Nyaga Binua: Benteng Pertahanan Kampung
Pusat Perjumpaan Sosial dan Perayaan Tradisional
Budaya Etnik Bidayuh dalam Propaganda Politik

5. Bale Gambang-Baruk: Falsafah Pemikiran Bidayuh
Pendukung Adat, Budaya dan Struktur Sosial Masyarakat Bidayuh
Simbol dan Identiti Bidayuh serta Sebagai Produk Pelancongan
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Melahirkan Falsafah, Budaya dan Fahaman Politik

6. Rumusan

Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.337 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.2 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.