Perempuan Seribu Satu Malam merupakan sebuah terjemahan daripada Scheherezde: Tales from the Thousand and One Nights karya A.J. Arberry, yang merupakan salah satu versi terjemahan cerita asal Seribu Satu Malam daripada Bahasa Arab. Pertama kalinya diterjemahkan pada tahun 1953, terjemahan Arberry menawarkan empat buah kisah daripada klasik Arab tersebut dalam laras bahasa moden yang lebih mudah difahami oleh pembaca moden. Arberry turut menempelkan sebuah pengenalan serba panjang untuk membantu pembaca memahami konteks dan analisis kisah dari wilayah Timur Tengah itu.
Perempuan Seribu Satu Malam
A.J. ARBERRY (1905-1969) ialah seorang ahli bahasa dan orientalis terkemuka British. Dia merupakan sarjana terkenal dalam bidang kajian bahasa Arab dan sastera Islam. Arberry belajar di Universiti Cambridge dengan pengkhususan dalam bidang bahasa Arab dan Parsi. Terjemahan al-Quran-nya merupakan antara terjemahan yang terkenal dan kerap menjadi rujukan.
Terjemahan daripada judul asal Scheherezde: Tales from the Thousand and One Nights oleh ABDULLAH HUSSAINI
IBDE (Cetakan pertama, 2023)
xxiii + 252 halaman
RM60.00
Only 1 left in stock
Pengenalan
1. Aladin dan Pelita Ajaib
2. Judar dan Abang-abangnya
3. Abukir dan Abusir
4. Tukang Emas Berahi
Tentang Pengarang
Weight | 0.332 kg |
---|---|
Dimensions | 20.2 × 13 × 2.7 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet