Autoriti Pentadbiran Undang-undang Pendidikan Islam di Malaysia

Penulisan bersama ZAINI NASOHAH dan AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
xi + 139 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

ISBN: 9786294860872 Product ID: 42070 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Autoriti Pentadbiran Undang-undang Pendidikan Islam di Malaysia membentangkan bentuk pentadbiran pendidikan yang berfungsi di peringkat Persekutuan dan negeri sebagai satu pendedahan kepada awam tentang bagaimana bentuk organisasi pengurusan yang mengurus dan mentadbir institusi pendidikan Islam di negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan pembahagian bidang kuasa antara Persekutuan dengan negeri di dalam Senarai I dan Senarai II. Manakala Senarai III pula adalah senarai yang menjelaskan mengenai kedudukan kedua-dua belah pihak dalam perkara-perkara tertentu. Bidang pelajaran berada di bawah bidang kuasa Persekutuan (Senarai f). Sebaliknya perkara agama pula disenaraikan di dalam Senarai Negeri (Senarai II). Ia termasuk dalam skop pentadbiran undang-undang Islam di setiap negeri. Dalam masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan tidak pula memperincikan dengan jelas kedudukan serta autoriti pentadbiran dan pengurusan pendidikan Islam dalam Senarai I tersebut. Walau apapun, peruntukan ini menjadi punca kuasa autoriti hak mendapatkan pelajaran agama di dalam Perlembagaan Persekutuan dan di bawah undang-undang negeri.

Seiringan dengan amalan federalisme, model pentadbiran pendidikan di Malaysia adalah bercorak sentralisasi. Ini bermaksud bahawa Menteri Pelajaran yang menerajui Kementerian Pelajaran merupakan puncak kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan dasar kementerian. Sebagai ketua kementerian, beliau mengawal sepenuhnya aliran pendidikan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah. Dari satu sudut, Kementerian Pelajaran mempunyai autoriti pentadbiran pendidikan Islam di bawah pengelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Dari sudut yang lain pula didapati bahawa pengurusan sekolah agama Islam berada di bawah Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI). Situasi ini menimbulkan persoalan pihak manakah yang lebih berautoriti menentukan hala tuju perjalanan sekolah agama khususnya bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga terikat dengan isu perundangan yang berlainan.

Perjalanan institusi pendidikan secara amnya terikat dengan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang berkaitan. Sedangkan sekolah agama pula terikat dengan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam. Buku ini turut mengetengahkan kerangka praktikal penguatkuasaan kawalan autoriti seperti kawalan oleh Majlis Agama Islam Negeri, kawalan oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Agama dan kawalan oleh Jemaah Pengurusan Sekolah. Ringkasnya, wacana ini amat menarik untuk diketengahkan supaya masyarakat dapat meneliti realiti autoriti pentadbiran dan pengurusan pendidikan Islam secara holistik. lanya menyentuh perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996 sehingga kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam di negeri-negeri meliputi bentuk serta struktur pentadbiran yang sedang terlaksana di negeri-negeri.

Prakata

1. Perlembagaan Persekutuan dan Pendidikan Agama Islam
2. Pelajaran Agama dalam Perlembagaan Persekutuan
3. Hak Mendapat Pelajaran Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
4. Mahhamah Berbidangkuasa
5. Pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia
6. Pengurusan Pendidikan Islam dan Undang-undang Berkaitan

Rujukan
Indeks

Weight0.239 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.