Golongan Khalsa dalam Komuniti Sikh di Malaysia

Penulisan bersama AMAN DAIMA MD. ZAIN dan JAFFARY AWANG

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
xii + 158 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

In stock

ISBN: 9786294860490 Product ID: 42077 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Golongan Khalsa dalam Komuniti Sikh di Malaysia membincangkan aspek kefahaman dan praktik dalam kalangan penganut Sikh yang berada dalam golongan Khalsa. Aspek utama buku ini adalah berkaitan kefahaman masyarakat mengenai aspek-aspek penting yang terdapat dalam agama Sikh. Memandangkan agama Sikh adalah agama minoriti di Malaysia, banyak maklumat mengenainya kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Dengan memberi penumpuan terhadap aspek identiti dalam komuniti Sikh di Malaysia khususnya golongan Khalsa, masyarakat dapat melihat secara lebih dekat isu identiti yang dihadapi oleh komuniti Sikh. Khalsa merupakan satu golongan yang dianggap suci dalam agama Sikh yang terbentuk melalui upacara Amrit Sanskar. Sebagai Khalsa, mereka bertanggungjawab menjaga identiti Sikh dan mempraktikkan ajaran agama mereka dalam kehidupan seharian. Tanggapan ini berdasarkan definisi yang dibuat oleh Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee yang mendefinisikan ‘Sikh’ atau ‘Who is a Sikh’ sebagai seseorang yang mempercayai Tuhan yang satu, mempercayai sepuluh orang Guru Sikh (dari Guru Nanak hingga Guru Gobind Singh), percaya kepada kitab Guru Granth Sahib dan Bani (perkataan Guru), menjalani amrit dan tidak menunjukkan kepatuhan kepada agama-agama lain selain agama Sikh. Sebagai anggota golongan Khalsa, mereka perlu mematuhi empat disiplin yang terdapat dalam agama Sikh.

Pertamanya, mereka diwajibkan memakai simbol 5K. Simbol 5K adalah merujuk kepada lima simbol yang bermula dengan huruf K iaitu Kesh (berambut panjang), Kara (gelang bes), Kirpan (pedang kecil), Kachera (seluar pendek) dan Kangha (sikat) yang merupakan identiti luaran bag) penganut Sikh. Disiplin kedua ialah mereka perlu mematuhi empat pantang larang yang terdapat dalam agama Sikh yang dipanggil Char Kurahit atau Char Kureta. Empat pantang larang tersebut ialah mereka tidak boleh memotong Kesh (rambut), tidak boleh memakan daging yang disembelih cara Islam (halal), tidak boleh merokok, mengambil dadah atau minum arak dan tidak boleh berzina. Disiplin ketiga, golongan Khalsa perlu melakukan tiga amalan kehidupan iaitu Nam Japna (sembahyang), Kirt Karni (pendapatan secara halal) dan Wand Shakna iaitu berkongsi pendapatan sebanyak 10 peratus atau dipanggil Daswandh. Sementara disiplin keempat ialah mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung di dala suatu kod tingkah laku yang dikenali sebagai Sikh Rehat Maryada. Untuk menunaikan tanggungjawab ini, Khalsa berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran sebagaimana yang turut dihadapi oleh komuniti Sikh di Malaysia yang majoritinya adalah bukan Khalsa. Untuk memahami lebih mendalam isu ini, buku ini membincangkan mengenai isu cabaran dalaman dan luaran, pantang larang dan kod etika dalam agama Sikh dapat memberi panduan kepada masyarakat lain untuk berinteraksi dengan agama ini tanpa menyentuh isu sensitif.

Prakata

1. Komuniti Sikh di Malaysia
2. Sejarah Pembentukan Identiti Agama Sikh
3. Konsep Amrit Sanskar dan Hubungannya dengan Ajaran Agama Sikh
4. Kefahaman dan Praktik Golongan Khalsa terhadap Simbol 5K
5. Kefahaman dan Praktik Golongan Khalsa terhadap Serban, Naam Japna, Kirt Karni dan Wand Shakna/Daswandh
6. Kefahaman dan Praktik Golongan Khalsa terhadap Char Kurahit (Pantang Larang)
7. Pengekalan Identiti Sikh dan Cabaran Golongan Khalsa di Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.265 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.