Out of stock

Perdukunan Melayu dan Biografi Ringkas Ali Zulfakar

SYEIKH ALI BALIDRAM atau nama gelarnya Ali Zulfakar ialah seorang guru agama yang berkhidmat di beberapa buah madrasah di Pulau Pinang dan Selangor. Beliau juga merupakan Kadi bagi Bandaraya Georgetown dan Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang sekitar tahun 1960-an.

Transliterasi jawi ke rumi oleh HAFIZ ZAINUDDIN

Buku Warisan (Cetakan pertama, 2020)
x + 114 halaman termasuk Rujukan

RM35.00

Out of stock

Perdukunan Melayu dan Biografi Ringkas Ali Zulfakar memuatkan transliterasi Jawi kepada Rumi untuk sebuah kitab petua perubatan Melayu yang dikarang oleh Syeikh Ali Balidram, atau nama gelarnya Ali Zulfakar, beserta sisipan khusus biodata ringkasnya. Mungkin ada yang akan berasa aneh atau canggung membaca kaedah dan bahan yang digunakan, namun sekali lagi diingatkan, naskhah ini bukanlah bertujuan untuk diadili tetapi sebagai warisan pengetahuan silam yang harus kita raikan keberadaannya. Menurut penulis, inilah yang dapat sempat beliau himpunkan dalam buku kecil ini darihal perdukunan Melayu dan ubatan-ubatan yang digunakan pada masa nenek moyang kita dahulu. Tentulah cara-cara perubatan itu tidak sesuai lagi di masa ini, berbanding dengan kemahiran-kemahiran baharu yang disokong dengan sains dan teknologi. Tetapi dihimpunkan perdukunan ini dengan tujuan memelihara kesan-kesan lama dan tua supaya tidak hilang ditelan masa, sekurang-kurangnya peringkat anak cucu yang ada sekarang dan akan datang mengetahui cara-cara perubatan nenek moyang di masa silam.

Pengenalan

1. Biografi Ringkas Ali Zulfakar
2. Kitab Perdukunan Melayu

Rujukan
Catatan

Weight0.15 kg
Dimensions20 × 14.5 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.