Islam Melayu Komunis memuatkan catatan wawancara tiga tokoh iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Abu Samah yang gigih berjuang menuntut kemerdekaan sejak zaman anti-kolonial hingga zaman menuntut kemerdekaan sepenuhnya yang berakhir pada tahun 1989. Koleksi wawancara ini memaparkan pandangan tokoh-tokoh ini tentang hubungan antara orang Melayu, agama Islam dan ideologi Komunis serta bagaimana ketiga-tiga faktor itu dapat bersama-sama mengalir dalam kehidupan dan perjuangan kumpulan mereka dengan harmoni tanpa konflik. Sebenarnya, isu-isu perkauman, agama dan ideologi tidak seharusnya mengganggu gugat usaha dan ikhtiar kita dalam membina masyarakat yang bersatu padu, makmur, sihat dan progresif. Hanya fikiran sempit dan mundur dalam kalangan masyarakat yang membolehkan sebahagian orang politik mengguna dan menimbulkan isu-isu tersebut untuk menjejaskan perpaduan dan kestabilan masyarakat kita demi kepentingan mereka sendiri. Maka pandangan dan inti sari dalam wawancara ketiga-tiga tokoh ini sangat penting untuk rujukan kita semua.
Buku kecil ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2005—hampir dua puluh tahun lamanya. Walaupun sudah lamanya diterbitkan tetapi isinya masih relevan dan bermanfaat kepada pembaca. Ketiga-tiga tokoh masih ada dan sihat ketika kali pertama buku ini diterbitkan tetapi sekarang mereka sudah tidak ada lagi bersama-sama dengan kita. Penerbitan semula ini juga adalah penghormatan dan kenang-kenangan kepada mereka.
Reviews
There are no reviews yet