Misa Melayu

RAJA CHULAN adalah seorang pujangga istana. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah, Perak.

Pustaka Antara (Cetakan keenam, 1991)
x + 216 halaman

RM40.00

In stock

Misa Melayu mengesahkan dengan jelas adat istiadat dan bentuk serta kebesaran kerajaan-kerajaan Melayu pada pertengahan abad yang ke-17 hingga abad yang ke-18. Raja Chulan Ibni Raja Hamid Ibni yang Dipertuan Muda, Sultan Mansur Syah telah dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah mengarang buku Misa Melayu. Di zamannya, Raja Chulan ialah seorang pengarang yang ulung. R.O. Winstedt, penyunting buku Misa Melayu, dalam Pendahuluannya, menerangkan bahawa sejarah Perak sepanjang yang terjalin dalam buku ini, didasarkan kepada tiga naskhah asal; pertama Naskhah A, sebuah naskhah yang lengkap kepunyaan Al-Marhum Sultan Idris, sultan Perak yang diserahkannya sendiri kepada beliau; kedua Naskhah B, sebuah naskhah berupa prosa, mengandungi sebahagian sahaja sejarah Perak yang didapati oleh beliau di suatu tempat namanya Blanja di Sungai Perak; dan ketiga Naskhah C, sebuah naskhah yang berbentuk syair yang serupa jalinannya seperti syair yang didapati dalam Naskhah A tetapi tidak di dalam Naskhah B.

Selain daripada itu, ada sebuah naskhah lagi yang diberi nama Ikatan Raja Ke laut. Mengikut keterangan orang-orang dalam (orang-orang yang berhampiran dengan Raja) naskhah ini dikumpul dan ditulis menurut ingatan sahaja semasa Sir Hugh Low berada di Perak. Di antara naskhah-naskhah ini, Naskhah B dan C telah dihadiahkan oleh Winstedt kepada Library of the School of Oriental Studies London. Menurut pendapat Winstedt di antara tiga naskhah ini, Naskhah A adalah yang terbaik sekali. Bagaimanapun, katanya, Naskhah B dan C terutama sekali C terpakai juga dalam susunan buku ini untuk dijadikan perbandingan. Segala yang berbeza di antara tiga naskhah itu sama ada daripada segi perkataannya, maknanya dan sebagainya ada diterangkan di hujung muka surat yang berkenaan, walaupun keterangan-keterangan itu, kata beliau tidak begitu perlu.

Naskhah C tidak diketahui bila masanya terkarang, tetapi naskhah A dan B ada bukti-buktinya menunjukkan kedua-dua naskhah itu terkarang dalam tahun 1836. Bagaimanapun, kata beliau sebahagian besar sejarah Perak yang terjalin dalam naskhah-naskhah tersebut itu, telah terkumpul dan terkarang sebelum akhir kurun yang ke-18. Naskhah-naskhah itu menceritakan peri kejadian-kejadian yang berlaku dalam pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan seterusnya hingga pemerintahan Sultan Muzaffar Syah yang mangkat dalam tahun 1756. Beliau digantikan oleh Sultan Iskandar Syah yang memerintah dari tahun 1756—1770. Lepas itu berikut pula pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang mangkat dalam tahun 1778. Kemudian sejarah Perak itu bersambung hinggalah ke zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah. Sampai di sini tamatlah cacatan sejarah Perak sebagaimana yang terkandung dalam buku Misa Melayu ini.

Pengenalan

1. Ringkasan Sejarah Negeri Perak
– Perak dalam Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
– Perak dalam Pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain
– Negeri Perak dalam Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
2. Misa Melayu @ Hikayat Raja ke Laut
3. Sultan Iskandar bermain-main ke Laut
4. Selepas Pemerintahan Al-Marhum Kaharullah

Note: Catatan R.O. Winstedt
Daftar Kata
Pendahuluan Misa Melayu: Catatan Pertama (Bahasa Inggeris)
Ringkasan Sejarah Negeri Perak (Misa Melayu: Inggeris)

Weight0.207 kg
Dimensions21 × 13.8 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.