Putera Gunung Tahan

ISHAK HAJI MUHAMMAD atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Sako, merupakan seorang tokoh pejuang kemerdekaan dan juga salah sorang seorang sidang pengarang Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai.

Biblio Press & ITBM (Cetakan semula, 2023)
93 halaman

RM28.00

In stock

ISBN: 9789670040387 Product ID: 42921 Subject: Sub-subjects: , ,

Putera Gunung Tahan merupakan sebuah novel satira karya Ishak Haji Muhammad atau nama penanya, Pak Sako, yang memuatkan sindiran dan tantangan terhadap seorang pegawai British yang menduduki dan mentadbir negara ini. Novel ini telah ditulis pada tahun sebelum Malaysia mengalami kemerdekaan iaitu pada tahun 1937. Putera Gunung Tahan bertindak sebagai salah satu cara mencapai kemerdekaan yang dilakukan oleh penulis melalui cara tulisan di mana pada masa itu kebebasan bersuara adalah sangat terbatas justeru penyampaian sastera secara berkias digunakan oleh penulis. Protes ini dilahirkan bagi mengangkat semangat nasionalisme kepada masyarakat. Novel ini menggarapkan semangat nasionalisme dalam bentuk satira. Pak Sako menggunakan lambang-lambang seperti Gunung Tahan, orang-orang sakai dan kulit harimau putih bagi menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di kalangan khalayak pembaca. Perlambangan ditonjolkan oleh pengarang memandangkan situasi pada waktu itu tidak mengizinkan Ishak untuk menulis secara terus terang.

Weight0.105 kg
Dimensions20 × 13 × 0.8 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

,

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Cerpen-Cerpen Pak Sako
    Out of stock

    Cerpen-Cerpen Pak Sako

    RM50.00
  • Anak Mat Lela Gila

    Anak Mat Lela Gila

    RM28.00
  • Budak Beca

    Budak Beca

    RM28.00