RAMD: Membenam Asakan Komunis

Kumpulan tulisan yang diusahakan oleh REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xviii + 399 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM80.00RM120.00

Product ID: 43212 Subject: Sub-subjects: , ,

RAMD: Membenam Asakan Komunis memfokuskan peranan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam memerangi pemberontakan komunis, terutamanya semasa era Darurat Pertama (1948-1960), Konfrontasi (1963-1966) dan Darurat Kedua (1968-1989). Tempoh ini merupakan bahagian penting dalam sejarah Malaysia kerana kebanyakan kepimpinan dan pentadbiran negara, terutamanya perkhidmatan tentera, ialah orang Melayu. Perkara ini berbeza daripada tempoh perang konvensional terdahulu yang menyaksikan penglibatan besar-besaran Tentera Komanwel dan Kolonial. Buku ini memaparkan kisah perit jerih perjuangan, pahit manis pengorbanan perwira negara dalam memastikan ghaibnya petualang di bumi tercinta ini. Kisah sejarah bergambar ini mengimbau perjuangan RAMD menentang pemberontakan komunis di negara kita dan menunjukkan semangat pegawai dan anggota daripada rejimen ini yang berjuang bermati-matian dan sanggup berkorban nyawa untuk memastikan keamanan dan kedaulatan Malaysia terus terpelihara.

Pengantar
Prakata

BAHAGIAN I – MENELUSURI SEJARAH REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
1. Kisah di Sebalik Kemerdekaan
2. Sejarah Rejimen Askar Melayu
3. Digeruni dan Disegani: Batalion Pertama
4. Si Belang yang Berani dan Unggul: Batalion 2 — Batalion 4
5. Beriman, Berani dan Ikhlas: Batalion 5 — Batalion 7
6. Garang Gagah Membawa Megah: Batalion 8 — Batalion 10
7. Darah, Jasad dan Jiwa Dipertaruhkan: Batalion 11 – Batalion 15
8. Maruah Leluhur Pasak Perjuangan: Batalion 16 — Batalion 20
9. Pengorbanan Demi Kedaulatan: Batalion 21 – Batalion 26

BAHAGIAN II – ASAKAN KOMUNIS
10. Gelora Tanah Air
11. Darurat Pertama (1948 — 1960)
12. Konfrontasi (1963 — 1966)
13. Darurat Kedua (1968 — 1989)

BAHAGIAN III – PERTEMPURAN DAN WIRA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
14. Duka Pertiwi Bermula
15. Konflik Dua Negara Serumpun
16. Tanah Bangsa Terus Dilukai
17. Wira RAMD
18. Pengiktirafan

Lampiran
Glosari
Bibliografi
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.