Dosa dan Balasan merupakan terjemahan daripada Crime and Punishment karya Fyodor Dostoyevsky, menceritakan kisah pembunuhan dan akibatnya—rentetan kisah mendebarkan yang tiada tolok bandingnya, berlaku pada pertengahan abad ke-19 ketika zaman peralihan ketegangan Rusia hingga zaman moden. Di kawasan sesak naungan Tsar di St. Petersburg, Raskolnikov, seorang cendekiawan sensitif, percaya bahawa beliau dikecualikan daripada hukum moral akibat desakan kemiskinan. Namun, apabila kepercayaannya diuji, beliau menderita hingga tidak tertanggung. Dosa dan Balasan, novel yang mengingatkan kita agar mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan. Dosa dan Balasan dibaca sebagai psikologi yang mendebarkan, sebagai kajian kes tentang minda penjenayah, dan sebagai karya tentang masalah sosial.
Karya ini dianggap sebagai karya falsafah yang penting, puisi prosa alegori yang kaya dengan perlambangan dan tragedi klasik. Pembaca terbitan bersiri yang asal (1866) mendapati karya ini kaya dengan tema yang menguasai penerbitan berkala pada masa itu: jenayah dan reformasi perundangan, keadilan sosial dan status wanita, kemiskinan dan kekayaan, pendidikan, masalah bandar, bentuk dan janji harapan masa depan. Tema yang pelbagai ini sukar untuk dirangkumkan dalam sebuah buku, tetapi inilah yang diharapkan oleh pembaca di Rusia pada zaman Dostoyevsky. Lebih-lebih lagi Dostoyevsky dianggap sebagai tukang tilik pada masa itu. Kini, lebih satu abad selepas kematiannya, ramalan pemikirannya kekal segar dan bernyawa.
Reviews
There are no reviews yet