Hikayat Siak: Legasi Tradisi Gemilang Kesultanan Melayu-Islam

Disuratkan oleh TENGKU SA’ID TENGKU DERIS, piut kepada Raja Kecil—pengasas kepada Kesultanan Siak dan merupakan sultan Johor ke-12.

Diselenggara oleh MUHAMMAD YUSOFF HASHIM

DBP (Edisi Kedua, 2017)
579 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM55.00RM65.00

Hikayat Siak: Legasi Tradisi Gemilang Kesultanan Melayu-Islam mensinkronisasikan dua disiplin penyelidikan dan penulisan, iaitu filologi dan sejarah. Dalam bidang filologi, manuskrip yang bercorak sejarah dan undang-undang dialih aksara daripada ortografi asalnya, iaitu Jawi ke Roman. Seterusnya teks-teks ini dirujuk dan dianalisis secara filologikal, justeru bukan sahaja untuk memberikan pembacaan yang sedefinitif mungkin, malah dihayati kandungannya untuk menggarap dan mewacanakan kesejarahannya dalam perimeter historiografi Melayu. Manuskrip yang menjadi teks ini ialah Hikayat Siak, Syair Perang Siak, Syair Raja Siak dan Bab Alqawaid. Daripada kandungannya inilah diangkat dan dianalisis menjadi naratif dan sumber sejarah, iaitu sejarah Kesultanan Siak Sri Inderapura. Perihal Kesultanan Melayu-Islam yang wujud antara tahun 1723 hingga tahun 1945 di Provinsi Riau, Sumatera Timur, Indonesia dipaparkan dari segi intrinsik kesultanan tersebut dan kepetualangan serantau para elit dan dan tokohnya

Selain menjadi saingan kepada beberapa kerajaan dan Kesultanan Melayu sezaman di alam Melayu, kesultanan ini berjaya mencetuskan fenomena dan menonjolkan sebuah peradaban rumpun Melayu yang gemilang dari segi geopolitik, kepemimpinan, ekonomi, agama dan sosio budaya di Selat Melaka dan utara Nusantara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil (Marhum Buantan). Baginda memerintah dari tahun 1723 hingga tahun 1740~an. Sehingga tahun 1784, Siak diperintah oleh enam orang sultan yang berketurunan langsung daripada titisan darah baginda. Namun selepas kemangkatan baginda, putera baginda saling berperang untuk merebut takhta kerajaan. Pergaduhan antara saudara memungkinkan keluarga lelaki kerabat Siak yang berketurunan Sayyid memanipulasi takhta, lalu selepas tahun 1784 itu, muncullah sultan-sultan Siak yang berdarah Arab dan menggunakan gelaran Sayyid, dari pemerintahan Tengku Sayyid Ali hinggalah Tengku Sayyid Kasim (1940-an).

Anggota-anggota kerabat tulen daripada keturunan Raja Kecil yang secara tradisinya wajar mendakwa sebagai pengganti takhta kerajaan Siak yang sah, terpaksa keluar dari Siak, lalu berkelana untuk mencari dan menegakkan pengaruh politik masing-masing. Ada yang berkeliaran di Selat Melaka hingga Laut China Selatan dengan pengikut tersendiri. Ada pula yang berjaya memulakan suatu kesultanan baharu. Salah seorang daripada mereka ialah Tengku Akil yang berkelana hingga Sukadana, barat daya Borneo. Ketika itu, kuasa-kuasa Belanda dan Inggeris kian bertapak di rantau ini. Kerabat-kerabat diraja Siak saling berinteraksi dengan mereka, sama ada sebagai musuh atau sebagai rakan sekomplot, di samping berinteraksi pula dengan kuasa dan kelompok Melayu tempatan yang lain, terutama Bugis. Memang amat sedikit diketahui tentang peristiwa sejarah dan pengalaman politik keluarga kerabat Siak dan pengikut Minangkabau mereka dalam gelora pensejarahan Melayu di rantau ini. Pemikiran ahli sejarah selama ini banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber dan penulisan sejarah serta peranan kaum Bugis. Akibatnya, peranan pihak Melayu Siak yang tidak kurang pentingnya seperti peranan pihak Bugis, sering tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Betapakah pula penulisan sejarah peribumi berkaitan dengan kegiatan dan peranan mereka amat terhad diketahui akan kewujudannya. Hasil-hasil penulisan jenis ini memang menarik perhatian kita kerana corak dan persepsi historisnya tentulah berbeza daripada corak dan persepsi historis yang terdapat dalam penulisan yang muncul dalam kalangan suku Bugis. Walau apa-apa pun tanggapan kita tentang hubungan sejarah dan kemanusiaan suku-suku Melayu ini, namun perihal masa-masa mereka yang lepas, kita harus menghadapi dan memperkatakan realiti. Atas kesedaran inilah, maka naskhah Hikayat Siak, satu-satunya warisan penulisan sejarah yang ditinggalkan oleh suku-sakat keluarga kerabat diraja Siak dan keturunan Minangkabau daripada Kesultanan Siak ini ditampilkan dan diselenggarakan untuk penerbitan. Semoga dengan ini persepsi sejarah kita berkaitan dengan kegiatan beberapa suku masyarakat Melayu di rantau ini dapat ditempatkan dan diletakkan ke tahap yang sewajarnya demi melahirkan suatu dimensi pensejarahan yang seimbang pula coraknya.

Penerbitan Hikayat Siak: Legasi Tradisi Gemilang Kesultanan Melayu-Islam merupakan edisi kedua daripada edisi pertama (1992), iaitu Hikayat Siak, dirawikan oleh Tengku Said. Edisi kali ini dikemas kini dan ditokok tambah dengan pengisian baharu seperti perincian tentang Raja/Tengku Akil ibni Raja Musa; penampilan teks-teks Syair Raja-raja Siak dan Syair Perang Siak; bab khusus tentang institusi Kesultanan Siak Sri Inderapura secara ikhtisar, perihal penyurat Hikayat Siak ini, iaitu Tengku Said bin Tengku Deris, piut kepada Raja Kecil, dan gambar-gambar yang berkaitan dengannya.

Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan
Singkatan

BAHAGIAN A – PENGENALAN DAN PENILAIAN TERHADAP TEKS HIKAYAT SIAK

1. PENDAHULUAN
Naskhah Hikayat Siak
Ciri Fizikal A, B1, B2 dan C
Kajian dan Penggunaan Hikayat Siak Setakat Ini
Struktur dan Sumber Hikayat Siak
Syair Perang Siak (SPS) dan Syair Raja-raja Siak (SRS)
Kira-kira 11 Tahun Kemudian
Selepas Tahun 1992
Pandangan Kita terhadap Hikayat Siak
Mencipta Mitos tentang Asal Usul
Hikayat Siak dengan Tuhfat al-Nafis
Literati Kekeluargaan Tengku Said
Pergelutan Kuasa dalam Kalangan Keturunan Raja Kecil
Raja Kecil, Siak
Berkaitan dengan Bahasa Hikayat Siak

2. IKHTISAR INSTITUSI KESULTANAN SIAK SRI INDERAPUTERA
Kalangan Dalam dan Kalangan Luar
Perubahan Struktur
Sinopsis Hikayat Siak

BAHAGIAN B – TEKS HIKAYAT SIAK DAN NOTA FILOLOGI

3. TEKS HIKAYAT SIAK
Penderhakaan di Johor
Asal Usul Raja Kecil (Kecik)
Perang Saudara di Palembang
Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan
Kisah Raja Kecil
Raja Kecil Menyerang Johor
Pertelingkahan dengan Bugis
Permuafakatan Bugis dengan Johor
Perang Saudara di Kedah
Peperangan Siak-Riau Berterusan
Pergaduhan antara Raja Buang dengan Raja Alam
Berbuat Negeri di Mampura
Perbalahan dengan Belanda
Perbalahan antara Dua Saudara Berterusan
Pakatan Raja Alam dengan Belanda
Peminangan ke Terengganu
Pengaruh Bugis di Johor-Riau Mencengkam
Perbalahan Siak dengan Riau
Isu Berkaitan dengan Siak
Isu Berkaitan dengan Palembang
Perkahwinan Raja Ismail di Terengganu
Peperangan Terengganu-Kelantan I
Peperangan Terengganu-Kelantan II
Serangan terhadap Siak
Tengku Muhammad Ali Menjadi Yamtuan Muda
Sultan Abdul Jalil Ahmad Syah Mangkat
Tengku Musa Berkelana
Rancangan Menyerang Belanda di Melaka
Pakatan Siak-Melaka
Angkatan Siak ke Terengganu
Keluarga Sayyid Melanggar Senggora Padang, Simpang dan Sambas
Melanggar Petapahan
Rancangan Menyerang Lingga
Rancangan Sayyid Ali Melanggar Siak Secara Tipu Helah
Meminta Bantuan Lingga
Sayyid Abdul Rahman Menyerang Kampar
Kekecohan di Rumah Tuan Besar Idrus
Yamtuan Muda Siak Berundur
Yamtuan Muda Siak Menyamar
Berangkat ke Terengganu dan ke Tabualih
Berkaitan dengan Tengku Simbuk
Kekecohan di Belitung
Berperang dengan Bugis
Sultan Yahya Mangkat di Terengganu
Perkahwinan dengan Kerabat Rembau
Tengku Akil Belayar ke Lingga, Berniaga Afiun
Pertelagahan dengan Panglima Raja
Tengku Akil Berkelana dan Berniaga
Tengku Akil Membalas Dendam
Kisah Tengku Akil dengan Encik Wan Ahmad (Hamat)
Tengku Akil Berulang-alik untuk Berniaga
Tengku Akil Berhubungan dengan Inggeris
Tengku Akil Bertelagah dengan Adipati Belitung
Berperang dengan Belitung
Tengku Akil dan Inggeris Berbaik-baik
Tengku Akil Berbaik-baik dengan Belanda
Tengku Akil Menjadi “Opas” Belanda
Pertelagahan dengan Inggeris
Adipati Berkomplot Menentang Tengku Akil
Isu Raja Pagaruyung
Pertelingkahan Idelir Menteng dengan Orang Minangkabau
Tengku Akil Kembali ke Siak
Peperangan Palembang-Olanda
Serangan Akhir dan Palembang Kecundang
Tengku Akil Digelar Mayor oleh Olanda
Berperang dengan Cina di Pontianak
Berperang dengan Sultan Kayung
Tengku Akil Menjadi Sultan di Kayung, Borneo Barat

BAHAGIAN C – SYAIR RAJA SIAK DAN SYAIR PERANG SIAK

4. SYAIR RAJA SIAK
Ikhtisar Syair Raja Siak
Syair Raja Siak

5. SYAIR PERANG SIAK
Ikhtisar Syair Perang Siak
Syair Perang Siak

Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
Bibliografi
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

,

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.