Out of stock

Natrah, 1937-2009 (Nadra @ Huberdina Maria Herthogh @ Bertha): Cinta, Rusuhan dan Air Mata

FATINI YAACOB adalah seorang wartawan dan editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981-1993). Beliau berkelulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Kewartawanan/Penyiaran (1981) dan University College Cardiff, Wales, United Kingdom untuk ijazah Sarjana Pengajian Kewartawanan (1987). Kini, beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu UTM semenjak 2010.

Penerbit UTM (Cetakan Ketiga, 2010)
474 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM75.00RM99.00

Product ID: 4369 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Natrah, 1937-2009 (Nadra @ Huberdina Maria Herthogh @ Bertha): Cinta, Rusuhan dan Air Mata merupakan biografi lengkap Natrah karya Fatini Yaacob. Pelbagai kisah suka duka yang penulis lalui secara peribadi ketika bertemu dan mewawancara mereka yang terlibat dalam isu Natrah, terutama sekali Mansor Adabi dan Natrah sendiri. Sewaktu bertemu Mansor Adabi, suami pertamanya, penulis hanya sempat mewawancara beliau secara bersahaja dan sambil lalu sahaja, kerana beliau bercadang untuk mewawancaranya sekali lagi apabila selesai membaca tiga buah fail milik Mansor Adabi yang ketika itu diberikan kepada penulis. Penulis menceritakan betapa pedih hatinya apabila hasrat itu tidak kesampaian kerana Mansor Adabi meninggal dunia keesokan harinya, iaitu pada 14 Oktober 1988. Terkejut dan terhenyak penulis ketika mendengar khabar itu daripada Pak Suratman Markasan, sasterawan terkenal Singapura. Walaupun sedih, namun penulis bersyukur kerana sempat bertemu Mansor Adabi walaupun hanya untuk sejam dua.

Paling menggembirakan penulis dengan bantuan kawan baik dan senior beliau di Kedutaan Malaysia di Belanda, iaitu Saudara Hussien Abu Bakar dan Anja Van Vliet stafnya, penulis berjaya bertemu dan mewawancara lapan daripada 10 anak-anak Natrah, termasuk bekas suaminya Johannes Gerardus Wolkenfelt. Kemuncak kegembiraan penulis sewaktu penulisan biografi ini ialah wawancara paling akhir sekali dengan Natrah sendiri, walaupun penulis terpaksa merantau jauh mencarinya sehingga ke Lake Tahoe, Nevada, Amerika Syarikat. Dalam isu Natrah, kisahnya menjadi besar, menjadi ingatan masyarakat antarabangsa sehingga kini, kerana terdapat dua isu besar didalamnya—perbicaraan dan rusuhan. Selain daripada itu, isu Natrah ikut menjadi besar dan hebat kerana ada pelbagai unsur pertembungan di dalamnya antara negara penjajah dengan negara dijajah, antara agama Islam dengan Kristian, antara budaya Barat dengan budaya Timur, dan antara perkahwinan kulit putih dengan kulit berwarna.

Kesemua unsur ini bergabung menjadi ramuan yang cukup dramatik dan menyayat hati apabila cinta Mansor — Natrah menjadi bahan pertaruhan dalam perbicaraan hak penjagaan Natrah. Dalam perbicaraan, perkara yang paling penting untuk diperhatikan di sini ialah perkahwinan Natrah-Mansor yang dilakukan menurut lunas Islam tidak diambil kira dalam masa perbicaraan kerana perbicaraan itu berlangsung bawah undang-undang sivil Inggeris. Perbicaraan itu hanyalah untuk menentukan hak penjagaan Natrah, bukan perkahwinan, disebabkan pihak ibu bapa kandung Natrah menyaman Che Aminah dan Mansor kerana berlaku perkahwinan bawah umur. Dengan erti kata lain berlaku pemindahan hak penjagaan, yang diperoleh Che Aminah dalam perbicaraan sebelum itu kepada Mansor setelah mereka berkahwin.

Oleh itu, dalam perbicaraan ini soal yang diungkapkan hanyalah hak penjagaan. Hakim yang memutuskan langsung tidak mengambil kira hak asasi kemanusiaan, iaitu hak cinta, dan hak jiwa untuk bahagia.  Perbicaraan kes pernikahan Mansor-Natrah yang berlangsung secara Islam, tetapi diadili dalam undang-undang sivil benar-benar mencabar orang Islam ketika itu. Namun mereka masih dapat bersabar walaupun mereka tahu akan ada elemen berat sebelah ketika penghakiman dilaksanakan. Akhirnya orang Islam tidak dapat bersabar lagi apabila akhbar propenjajah seperti The Straits Times dan Singapore Standard membuat provokasi melampaui batas ketika Natrah diletakkan di gereja, sementara menunggu kes rayuan didengar. Provokasi ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku sekiranya kerajaan Inggeris mengambil berat sentimen dan rasa hati orang Islam.

Orang Islam melalui Jawatankuasa Tindakan Natrah (JKTN) telah menghantar memorandum dan rombongan memberitahu pihak Inggeris tentang sensitiviti dan kemarahan orang Islam. Namun penjajah Inggeris masih memandang sepi dan bersikap dingin akan segala maklum balas jujur ini. Kesombongan Inggeris yang dianggap bersekongkol dengan Belanda inilah yang mengundangkan kemarahan berganda orang Islam. Ledakan kemarahan yang sampai ke meja pengarang akhbar-akhbar Melayu yang banyak berpusat di Tanah jajahan ketika itu umpama gunung berapi matang yang hanya menunggu masa sahaja untuk meletus! Akhirnya letusan gunung berapi ini dizahirkan melalui rusuhan pada 11 dan 12 Disember 1950.

Prakata
Kata Pengantar Tun Daim Zainuddin
Kata Pengantar Tan Sri Adam Kadir
Kata Pengantar Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang
Penghargaan
Penghargaan kepada Institusi

1. Lahir di Bandung
2. Dari Tanah Melayu ke Tanah Jajahan
3. Nikah di Singapura, Gempar di Belanda
4. Natrah Kahwin, Akhbar Gempar
5. Karim Ghani Ketuai Jawatankuasa Bela Natrah
6. Perbicaraan Tuntutan Hak Penjagaan Natrah
7. Keputusan Perbicaraan
8. Natrah di Gereja dan Provokasi Akhbar
9. Dato’ Onn Kecewakan Tunku
10. Rusuhan!
11. Dilarikan ke Belanda
12. UMNO dan Rusuhan
13. Insan Belanda Berhati Mulia
14. Mansor Adabi Bernikah
15. Terpenjara di Belanda
16. Kahwin untuk Keluar Rumah
17. Bertemu Vermeulen dan Akhbar
18. Luka Lama Berdarah Kembali
19. Bercerai dengan Wolkenfelt
20. Mencuba Nasib di Amerika
21. Kembali ke Kemaman
22. Berakhir Penderitaan
23. Bahagia Akhirnya

Bibliografi
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.