Analisis Ekonomi Islam

SANEP AHMAD adalah mantan Profesor Madya di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan ketiga, 2019)
297 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789674123017 Product ID: 43749 Subjects: , Sub-subjects: ,

Analisis Ekonomi Islam menganalisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal. Pendekatan analisis teoritikal dan empirikal digunakan bertujuan untuk memahami gelagat agen ekonomi secara lebih mendalam di samping untuk memudahkan membuat perbandingan dengan gelagat agen ekonomi mengikut perspektif konvensional. Pendekatan yang digunakan akan menggunakan teori asas dalam ilmu Mikroekonomi dan Makroekonomi sebagaimana lazimnya digunakan dalam menganalisis gelagat agen ekonomi. Kaedah menganalisis ilmu Ekonomi Islam adalah satu bidang yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan kaedah dan analisis ilmu ekonomi semasa. Bermula dengan pendekatan falsafah, analisis ilmu Ekonomi Islam kini bergerak ke arah analisis teoretikal dan empirikal. Pelbagai bidang kajian seperti kewangan Islam, perbankan Islam, pengurusan Islam dan analisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam kini telah menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal.

Di samping itu, pendekatan sedemikian juga mudah diikuti oleh golongan yang berlatar belakang ilmu ekonomi konvensional. Buku ini mempunyai empat bahagian yang mana perbincangan difokuskan kepada beberapa tajuk tertentu meliputi metodologi kajian ilmu ekonomi Islam, pemodelan kajian ekonomi Islam, gelagat pengguna, gelagat firma, analisis harga pasaran, analisis faktor, analisis keseimbangan pasaran, dan model agregat Makroekonomi. Analisis bagi setiap tajuk dilakukan dengan menggunakan analisis perbandingan pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam berdasarkan pemodelan matematik dan gambar rajah. Walau pun pendekatan yang digunakan dalam buku ini agak teknikal, namun buku ini amat wajar dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pengkaji imu ekonomi Islam yang ingin mendalami lagi kaedah analisis ilmu ekonomi Islam.

Prakata

BAHAGIAN 1 – EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI KAJIAN EKONOMI ISLAM
1. Pendahuluan
2. Epistemologi Ilmu Ekonomi Islam
3. Metodologi Kajian Ekonomi Islam
4. Pemodelan Ekonomi Islam

BAHAGIAN 2 – ANALISIS PERBANDINGAN GELAGAT EJEN EKONOMI
5. Analisis Gelagat Pengguna dalam Islam
6. Analisis Gelagat Firma dalam Islam
7. Analisis Pasaran dalam Islam
8. Analisis Harga Faktor dalam Islam

BAHAGIAN 3 – ANALISIS KESEIMBANGAN EKONOMI
9. Analisis Keseimbangan Pasaran Barang
10. Analisis Keseimbangan Pasaan Wang
11. Analisis Kesermbangan dan Kestabilan Ekonomi Model IS-LM
12 Analisis Keseimbangan dan Kestabilan Ekonomi Dwisistem

BAHAGIAN 4 – MODEL AGREGAT MAKROEKONOMI PERSPEKTIF ISLAM
13. Analisis Model Agregat Makroekonomi
14. Penutup

Rujukan
Indeks

Weight0.441 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.