Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767-1957

KOBKUA SUWANNATHAT-PIAN semasa persaraannya, memegang jawatan profesor dan Felo Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris. Sebelum itu, beliau mengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Asia Tenggara termasuklah Chiang Mai University, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Gadjah Mada, dan University of Hong Kong.

DBP (Edisi Kedua; Cetakan Pertama 2018)
405 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM32.00

In stock

Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767-1957 mengisahkan sejarah Wangsa Chakri yang memerintah Thai dari tahun 1782 hingga tahun 1832. Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767-1957 merupakan hasil pengalaman penulis dalam pembelajaran kursus sejarah Thailand lebih dari dua dekad. Sebenarnya buku ini ialah hasil kerja bersama antara penulis dengan para pelajar yang mengambil kursus tersebut, terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada dekad 1980-an hingga 2000-an. Edisi pertama Sejarah Thai Zaman Bangkok dikeluarkan pada tahun 1991. Tujuan asasnya ialah penulis ingin membekalkan pelajar-pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi di negara ini sebuah buku teks tentang sejarah negara Thailand dalam bahasa Melayu.

Sejak tahun 1991, Sejarah Thai Zaman Bangkok telah dicetak dua kali, iaitu kali kedua pada tahun 2014. Difahamkan bahawa pihak penerbit terus merancang cetakan Sejarah Thai buat kali ketiga pada tahun 2016. Jelas bahawa lebih 20 tahun dari tarikh cetakan pertama hingga kini, jelas juga bahawa tujuan asas penulis masih kekal, iaitu menentukan bahawa terdapat buku teks berkaitan dengan sejarah Thai yang bermutu dan senang difahami pelajar pelajar di institusi pelajaran tinggi. Dengan itu, rancangan pihak penerbit untuk membekalkan cetakan ketiga Sejarah Thai Zaman Bangkok memberikan peluang baik buat penulis untuk mencadangkan cetakan edisi kedua Sejarah Thai Zaman Bangkok. Maksudnya, penulis bersedia menyemak semula, membetulkan dan mengemaskinikan isi kandungan buku serta akhirnya menghasilkan edisi baharunya.

Selain menyunting dan menyempurnakan isi kandungan yang sedia ada, penulis juga menulis bab baharu yang menerangkan perkembangan sejarah Thai hingga tahun 1957. Sebab-sebab di belakang pilihan tahun 1957 sebagai tarikh baharu menamatkan buku ini berpunca daripada hakikat bahawa pertamanya, tarikh itu melihat tamatnya kuasa sosiopolitik Parti Rakyat atau Khana Rad yang berjaya menggulingkan tahun pemerintahan beraja mutlak, dan sistem demokrasi ala Khana Rad sendiri. Keduanya, tahun 1957 juga melihat kemunculan sistem politik baharu, iaitu pemerintahan tentera yang sama sekali menolak prinsip serta sistem demokrasi ala Barat. Ertinya, kuasa sosiopolitik Thai bertukar tangan daripada Parti Rakyat kepada golongan tentera di bawah kepimpinan Panglima Agung Sari Thanarat. Sejak tahun 1957 hingga dekad 1970-an, dapat dikatakan bahawa Thailand ditadbir oleh kediktatoran militer secara penuhnya.

Prakata
Penghargaan Edisi Pertama

1. TAKSIN DAN RAMA I: PENYELAMAT DAN PEMBINA EMPAYAR SIAM
Raja Taksin: Latar Belakang dan Sumbangan
Chakri/Rama I: Latar Belakang dan Sumbangan
Raja Taksin (1767-1782) dan Rancangan Menyelamatkan Siam
Chakri/Rama I: Pembina Masyarakat Intelek Siam (1782-1809)

2. LOETLA, RAJA ANTARA ZAMAN 1809-1824
Latar Belakang
Beberapa Perkembangan Semasa Pemerintahan Raja Loetla
Beberapa Tinjauan terhadap Pemerintahan Rama II

3. RAJA NANGKLAO DAN EMPAYAR BESAR SIAM 1824-1851
Latar Belakang Raja Nangklao/Rama III
Suasana Politik di Tanah Besar Asia Tenggara
Dasar Peluasan Kuasa Rama III
Penilaian Rama III

4. PERKEMBANGAN SOSIOPOLITIK DAN PENTADBIRAN TRADISIONAL 1767-1851
Gambaran Am
Institusi Politik dan Pentadbiran
Struktur Sosial Masyarakat
Struktur Ekonomi dan Perniagaan
Ulasan

5. ZAMAN PEMULIHAN DAN PEMODENAN: MONGKUT DAN CHULALONGKORN 1851-1910
Latar Belakang
Pemerintahan Raja Mongkut/Rama IV, 1851-1868
Pemerintahan Chulalongkorn/Rama V, 1868-1910
Penilaian dan Pencapaian Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

6. VAJIRAVUDH DAN PRAJADHIPOK 1910-1935
Latar Belakang
Pemerintahan Raja Vajiravudh/Rama VI, 1910-1925
Pemerintahan Raja Pokklao/Prajadhipok, 1925-1935

7. DEMOKRASI DAN KEBANGKITAN POLITIK GOLONGAN TENTERA 1935-1957
Gambaran Am
Kerajaan Phibun I dan II, serta Dasar Pemodenan Negara
Kebangkitan Politik Golongan Tentera

8. PENUTUP

Bibliografi
Indeks

Weight0.475 kg
Dimensions21.6 × 13.8 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author