Tiga Tahun di Singapura: Memoir Kewartawanan Pak Sako, 1937–1940

ISHAK HAJI MUHAMMAD atau gelarnya Pak Sako, adalah salah seorang sosok pejuang kemerdekaan Malaysia, juga seorang wartawan dan budayawan.

WACANA (Cetakan pertama, 2024)
xxvi + 113 halaman

RM35.00

In stock

ISBN: 9789671780343 Product ID: 43912 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Tiga Tahun di Singapura: Memoir Kewartawanan Pak Sako, 1937–1940 merungkai peranan Pak Sako daripada tulisannya sendiri di sebalik penubuhan Utusan Melayu dan perjalanan kerjaya kewartawanannya di Singapura. Penghijrahan Pak Sako ke Singapura membuka lembaran baharu dalam kehidupan beliau dari segi kerjaya dan perjuangan kebangsaan Melayu. Beliau menimba pengalaman yang lebih luas kerana hidup di kota kosmopolitan seperti Singapura ketara berbeza berbanding tinggal di bandar biasa apatah lagi di desa. Selepas ditawar bertugas di Warta Malaya selaku pengarang sekaligus wartawan, beliau mula berjinak-jinak dengan perjuangan kebangsaan Melayu menerusi Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Perkara penting dan bersejarah dalam kehidupan Pak Sako dalam tempoh tiga tahun berada di Singapura adalah keterlibatan beliau dalam penubuhan akhbar Utusan Melayu pada tahun 1939. Utusan Melayu penting bagi orang Melayu sebagai wadah perjuangan bangsa ini, membangkitkan kesedaran dan menjadi lidah pembela nasib orang Melayu.

Prakata
Biodata Pak Sako

1. Penulis Khas — Wartawan Sambilan
2. Surat Kajai
3. Perihal Masjid Besar Kemaman
4. Tawaran Sebagai Wartawan Warta Malaya
5. Mulai Bertugas di Warta Malaya
6. Ugutan Penasihat British Terengganu
7. Tiga Tahun di Singapura
8. Pengalaman di Persidangan Mesyuarat Negeri Selat
9. Perawan Melayu Singapura
10. Mengarang Cerita Pendek
11. Warta Malaya, Warta Ahad dan Warta Jenaka
12. Kajai: Bapa Wartawan Melayu
13. Adakah Benar Kaum Islam Singapura Berpecah-Belah?
14. ‘DKA dan ‘DKK’ Dibenci Melayu Singapura?
15. Men‘serani’kan Melayu?
16. Cemas Berkahwin!
17. Menganggotai KMS
18. Suasana Sebelum Utusan Melayu Terbit
19. Penubuhan Utusan Melayu
20. Berhenti dari Warta Malaya
21. Mencanang Utusan Melayu
22. Cabaran Bekerja di Utusan Melayu
23. Penutup Bicara

Lampiran: Dari Warta Malaya ke Utusan Melayu

Weight0.225 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.