61 Tahun Grand Strategy Malaysia-China

Penulisan bersama MOHAMAD IKHRAM MOHAMAD RIDZUAN, MOHD IKBAL MOHD HUDA dan SITY DAUD

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
133 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

In stock

61 Tahun Grand Strategy Malaysia-China menelusuri lebih enam dekad hubungan diplomatik, ekonomi, dan strategik antara Malaysia dan China sebermula pengiktirafan bersejarah Malaysia terhadap Republik Rakyat China pada tahun 1974. Buku ini mengupas setiap era pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, semenjak era Tunku Abdul Rahman sehingga era Najib Abdul Razak, dan bagaimana kebolehoperasian dasar serta grand strategy telah membentuk hala tuju hubungan diplomasi antara kedua-dua buah negara. Menggabungkan analisis yang mendalam, wawancara dengan tokoh-tokoh penting, dan kajian kes yang komprehensif, buku ini menyoroti aspek ekonomi, keselamatan dan geopolitik yang mempengaruhi pembentukan grand strategy Malaysia. Dari kerjasama ekonomi melalui Belt and Road Initiative sehingga isu tuntutan di Laut China Selatan, buku ini merungkai bagaimana Malaysia menguruskan hubungan dengan kuasa besar serantau dalam konteks yang dinamik berdasarkan tiga fokus utama iaitu aspek hubungan antarabangsa, domestik dan individu. Kajian ini adalah rujukan penting untuk memahami sejarah, evolusi, ruangan, dasar dan masa depan hubungan diplomasi Malaysia-China.

Prakata

1. Grand Strategy Malaysia terhadap China
2. Dasar Luar Malaysia terhadap China 1957-1989
3. Dasar Luar Malaysia terhadap China 1989-2003
4. Dasar Luar Malaysia terhadap China 2003-2018
5. Kebolehoperasian 61 Tahun Grand Strategy Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.167 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.