Tamadun Melayu: Sejarah, Warisan dan Jati Diri

Disunting oleh ASYAARI MUHAMAD dan MOHD NASRULAMIAZAM MOHD NASIR

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
337 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9786294862746 Product ID: 47188 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Tamadun Melayu: Sejarah, Warisan dan Jati Diri menggarap perbincangan korpus ilmu mengenai ekologi identiti bangsa Melayu moden merangkumi warisan, sejarah, budaya, bahasa, busana, adat, jati diri dan selainnya, berasaskan kategori etnik Melayu. Menerusi buku ini, rangkuman kompilasi kupasan tokoh-tokoh ilmuwan Malaysia dalam bidang kepakaran masing-masing diangkat sebagai pedoman memperkasa alam dan tamadun Melayu. Penghuni di kawasan Dunia Melayu merupakan salah satu daripada lima rumpun bangsa dan bahasa yang terbesar di dunia. Hari ini, ‘Dunia Melayu’ dari segi geo-politiknya merangkumi wilayah yang kita sebut sebagai Nusantara. Manakala dari segi kebudayaannya pula ianya merangkumi aneka budaya daerah dan kesukuan yang mana telah mengalami perkembangan yang agak terasing dan tersendiri semenjak runtuhnya Empayar Melayu, kemudiannya dipecahbelahkan wilayahnya oleh penaklukan kuasa kolonial barat. Bahan bacaan menyeluruh seperti yang dipaparkan dalam buku ini amat baik untuk dikongsikan kepada generasi kini sebagai asas pembinaan jati diri bangsa yang akan mewarisi perjuangan bangsa di masa hadapan.

Prakata

1. Memperkasa Warisan, Sejarah dan Jati Diri Tamadun Bangsa
Asyaari Muhamad & Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir

2. Ilmu dan Pembentukan Identiti: Daripada ‘Pengajian Melayu’ Kepada ‘Pengajian Alam Melayu’
Shamsul Amri Baharuddin

3. Kerajaan Melayu Purba yang Lupus di Thailand dari Abad 7-14 Masihi (Nakhon Ratchasima, Ayutthaya, Ratchaburi dan Bangkok)
Asyaari Muhamad

4. Ekonomi Melayu-Bumiputera: Cabaran ke Arah Keperluan Jati Diri dan Berdikari
Chamhuri Siwar & Mohd Khairi Ismail

5. Tanah Air dan Merantau: Naratif Memori Kepulauan Melayu sebagai Satu Kategori Konsep Ilmu Sosial
Ahmad Murad Merican

6. Persempadanan, Perantauan dalam Landskap Penyebaran Dialek
Nor Hashimah Jalaluddin

7. Bahasa Melayu sebagai Warisan Negara dalam Pembentukan ‘Keluarga Malaysia’
Awang Sariyan

8. Mengenali Adat Perpatih Melalui Tambo Alam Minangkabap Melayu
Mohd Rosli Saludin

9. Koleksi Seni Kraf Tradisional Melayu di Jabatan Muzium Malaysia: Tinjauan Umum dalam Aspek Sejarah dan Kebudayaan
Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Mohd. Razaimi Hamat

10. Pengangkutan Air dalam Tamadun Melayu: Perahu Tradisional Terengganu
Fauzi Muda

11. Warisan Seni bina Masjid Kerajaan Melayu Langkasuha di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia dan Selatan Thai: Tipologi Masjid Vernakular Berbumbung Panjang
Noor Hanita Abdul Majid

Rujukan
Indeks

Weight0.463 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.8 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.