Negeri Perlis dan Sejarah Peradaban

Disunting oleh JELANI HARUN

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xvi + 267 halaman termasuk Indeks

RM45.00

In stock

ISBN: 9789834939045 Product ID: 47197 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Negeri Perlis dan Sejarah Peradaban menganalisa perkembangan peradaban negeri Perlis yang meliputi bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya; serta hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan sejarah kesultanannya. Kesultanan Melayu wujud di negeri Perlis sebagai sebahagian daripada warisan pemerintahan raja Melayu yang memiliki sejarah dan amalan adat istiadatnya yang tersendiri. Asas kesultanan tersebut terbina pada tahun 1798 dengan pelantikan Syed Harun Jamalullail yang berketurunan Arab sebagai Penghulu Arau oleh Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797-1803). Syed Harun Jamalullail telah dikurniai daerah Arau setelah beliau mengahwini puteri Sultan Kedah tersebut. Oleh itu, sejak dari awal lagi daerah Arau telah menjadi kawasan tempat tinggal keluarga diraja Perlis yang berada di bawah naungan Sultan Kedah. Pada tahun 1825, putera Syed Harun Jamalullail yang bernama Syed Hussin Jamalullail pula dilantik sebagai Penghulu Arau yang kedua.

Satu perubahan besar berlaku pada tahun 1843 apabila Syed Hussin Jamalullail telah dilantik oleh pemerintah Siam sebagai Raja Perlis yang pertama bergelar Raja Syed Hussin Jamalullail dan terus menjadikan Arau sebagai tempat persemayaman baginda. negeri Perlis menjadi satu-satunya negeri yang menggunakan panggilan Raja berbanding dengan panggilan Sultan yang biasa diamalkan di negeri yang lain. Walaupun begitu, pemerintahan Raja Perlis tetap menjadi sebahagian daripada institusi kesultanan Melayu yang memiliki kebesaran dan kedaulatannya. Pada masa ini, daerah Arau telah dijadikan sebagai Bandar Diraja Arau yang menempatkan Istana Arau. Takhta kesultanan Perlis seterusnya diterajui oleh Raja Syed Ahmad Jamalullail sebagai Raja Perlis kedua yang memerintah antara tahun 1873 hingga tahun 1897. Selepas pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail, takhta Raja Perlis yang ketiga disandang oleh Raja Syed Safi Jamalullail yang memerintah antara tahun 1897 hingga tahun 1904.

Setiap raja mempunyai peranan mereka yang tersendiri dalam membawa kemajuan dan pembangunan di negeri Perlis, terutamanya ketika negeri Perlis masih berada di bawah kekuasaan Siam. Berikutan dengan peristiwa Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pentadbiran negeri Perlis telah diserahkan oleh pemerintah Siam kepada pihak British. Oleh itu, dalam masa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail sebagai Raja Perlis yang keempat antara tahun 1904 hingga tahun 1943, pentadbiran negeri Perlis berada di bawah penjajahan British. Pembangunan terus berlaku di negeri Perlis. Bermula dengan pemilikan kawasan Arau, raja Perlis terus membawa kemajuan demi kemajuan sehingga terbentuk sebuah negeri Perlis yang lebih luas wilayahnya. Bandar Kangar membangun sebagai ibu negeri yang melestarikan warisan dan teknologi moden semasa.

Prakata
Pendahuluan

1. Kota Palas: Kota Pentadbiran di Perlis Abad ke-11 hingga ke-17 Masihi
Ibrahim Bakar

2. Hubungan Perlis dengan Thai Dinasti Chakri dan Bunga Emas dan Perak Perlis
Ahmad Farhan Abdullah @ Zakaria

3. Era Peralihan dan Pembangunan Negeri Perlis pada Zaman Pemerintahan Raja Syed Alwi bin Raja Syed Safi, 1905 — 1943
Arba’iyah Mohd Noor

4. Panglima Ali Mudin dan Hikayat Terung Pipit dalam Sejarah Persuratan Negeri Perlis
Jelani Harun

5. Syair Raja Muda Perlis: Pengarang, Khalayak dan Struktur Naratif
Noriah Taslim

6. MSS Malay D 4 Hikayat Nabi Yusuf (British Library): Salah Satu Versi Kisah Kehidupan Nabi Yusuf ‘Alayh Al-Salam di Alam Melayu
Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi

7. Penerapan Estetika Landskap Budaya Melayu dalam Landskap Istana Kayang Perlis
Hasrina Baharum

8. Amalan Komunikasi Diplomatik sebagai Adat Istiadat dalam Penulisan Warkah Kesultanan Melayu Perlis
Salmah Jan Noor Muhammad

9. Romli bin Mahamud (Awang Batil Perlis): Satu Penelitian Terhadap Pewarisan, Cerita dan Pengiktirafan
Mohamad Luthfi Abdul Rahman

10. Institusi Raja Perlis Wangsa Jamalullail: Satu Kajian Berdasarkan Manuskrip Melayu dan Cap Mohor Diraja
Mohd Kasturi Nor Abd Aziz

11. Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1959: Naskhah Perundangan dan Tatacara Sebuah Institusi Raja Melayu
Abdullah Zakaria Ghazali

Indeks

Weight0.277 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.