Aci Patmabi

AZMI ISKANDAR MERICAN (1937–2024) merupakan penulis kelahiran Pulau Pinang, yang banyak menulis dan memberikan pandangannya dalam beberapa siaran akhbar dan majalah, termasuk Dewan Sastera.

DBP (Cetakan pertama, 2012)
315 halaman

RM25.00

In stock

ISBN: 9789834608026 Product ID: 47206 Subject: Sub-subject:

Aci Patmabi karya Azmi Iskandar Merican secara keseluruhannya mengisahkan kehidupan, budaya dan sejarah bangsa Melayu berketurunan Jawi Peranakan pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Peristiwa dalam novel ini berkisar pada latar waktu antara tahun 1895 sehingga 1930-an. Asal usul Jawi Peranakan ialah dari India, beragama Islam dan terkenal sebagai pedagang-pedagang yang kaya dan berjaya di Pulau Pinang pada abad ke-19. Kaum Jawi Peranakan ini telah terserap dalam budaya Melayu dan dikenali sebagai orang Melayu, kerana mempunyai persamaan yang akrab sebagai penganut agama Islam malah terlakur budayanya sebagai budaya bangsa Melayu. Membaca novel ini bagaikan memasuki sebuah terowong waktu (time tunnel) yang membawa kita berada dalam suatu zaman penjajahan British di Pulau Pinang pada abad ke-19. Kita sama-sama melihat dan mengalami betapa dan bagaimana ‘pulau mutiara’ itu tergadai ke tangan bangsa asing, bagaimana licik kaum penjajah dan bagaimana pula terleka kaum peribumi. Protagonis Patmabi bagaikan wirawati yang cuba menyelamatkan Pulau Pinang dan nasib segugus peribumi penghuninya.

Weight0.213 kg
Dimensions18.5 × 11.3 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.