Rumah Tradisi Kadayan

JAMAIDAH YAHYA pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

DBP (Cetakan ketiga, 2024)
xxii + 117 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789834939434 Product ID: 47210 Subject: Sub-subjects: , , , , , ,

Rumah Tradisi Kadayan mengupas tentang keunikan rumah tradisi etnik Kadayan yang mempunyai konsep kombinasi empat dalam satu dikenali sebagai umah, junjung, du’ung dan taatak. Di sinilah lahirnya etnik Kadayan yang bukan saja membina rumah sendiri dan teratak untuk didiami tetapi juga membina ruangan untuk menempatkan hasil tuaian padi. Etnik Kadayan merupakan salah satu etnik yang dipercayai berasal dari Negara Brunei Darussalam dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri, Sarawak, kebanyakan etnik Kadayan menetap di daerah Bekenu. Selain itu, etnik Kadayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; serta Labuan.

Rumah tradisional Kadayan pada masa dahulu yang dipelopori oleh nenek moyang sekitar abad ke-14 dan abad ke-15 (1473–1521). Bagi masyarakat Kadayan, membina rumah mengikut adat dan kepercayaan akan menentukan kekukuhan rumah dan kesejahteraan penghuninya, Adat dan kepercayaan dalam membina rumah juga akan mempengaruhi cara pembinaan sesebuah rumah dan sekitarnya. Dari segi pembinaan rumah, etnik Kadayan amat menitikberatkan kualiti dan ketahanan pembinaannya. Bahan binaan adalah daripada sumber alam seperti kayu, rotan, akar, buluh, dan daun nipah yang diperoleh dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, buluh yang dibelah-belah atau pelupuh menjadi lantai, buluh dan daun nipah atau rumbia menjadi kasau dan atap. Kulit kayu yang terpilih menjadi dinding.

Namun, pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, seiring dengan kemajuan teknologi dan era pemodenan, orang Kadayan tidak lagi menggunakan tanggam, tali, baji dan pasak untuk membina rumah. Kemungkinan besar generasi Kadayan masa kini tidak mengenali tali timbaan, rotan dan akar, nipah serta kulit kayu. Kemungkinan juga tidak ramai lagi yang sanggup mencari rotan, nipah untuk dibuat atap serta kulit kayu dan buluh. Walaupun pada kebiasaannya rumah tradisional etnik Kadayan hanya menggunakan kulit kayu sebagai dinding, daun nipah sebagai atap, dan buluh sebagai lantai, namun penggunaan bahan-bahan binaan daripada tumbuhan semula jadi dipilih dengan teliti. Pemilihan jenis tumbuhan yang tahan lama merupakan keunikan dalam pembinaan rumah etnik Kadayan. Rumah mesra alam, mesra keluarga, jimat belanja cuma perlu lebih tenaga, daya usaha dan pembinaan secara semula jadi.

Prakata

1. Etnik Kadayan
2. Mengenali Rumah Tradisi Kadayan
3. Adat Memilih Tapak Rumah
4. Ciri-ciri Rumah Kadayan
5. Susunan dan Ruang Rumah Kadayan
6. Bersatu di Bawah Satu Bumbung

Bibliografi
Indeks

Weight0.16 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.