Melaka Raya 1511: Interpretasi Sejarah

NOOR AISYAH MOKHTAR ialah pensyarah kanan di Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
143 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Melaka Raya 1511: Interpretasi Sejarah adalah satu langkah kecil dalam usaha untuk membuktikan kesahihan kewujudan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang suatu masa dulu gah, gemilang, menguasai sebahagian kuasa perdagangan dan politik dunia namun hari ini segala bukti berkaitannya seolah-olah lenyap ditelan bumi dan sukar dicari gali untuk membuktikan bahawa empayar ini pernah agung suatu masa dulu. Ia juga merupakan usaha untuk mengumpulkan tinggalan berharga nilai sejarah Tanah Melayu dan warisan bangsanya yang mempunyai nilai tersendiri dan dekat dengan makna kewujudan sebuah negara bernama Malaysia hari ini. Penulisan ini juga diharap akan menjadi pemangkin kepada penulisan yang lebih terperinci dan mendalam dalam mencari tinggalan sejarah dan seni bina yang pastinya pernah gah dan terkenal suatu masa dulu.

Hala tuju perbincangan sejarah dan seni bina penulisan ini dipacu oleh dua cabang soalan tunjang. Pertama, apakah bukti-bukti sahih yang dapat menyokong kewujudan Kota Melayu Melaka semasa Empayar Melaka gah di persada dunia pada kurun ke-15. Kedua, bagaimanakah rupa bentuk perbandaran Melaka pada zaman tersebut. Kedua-dua hal ini digarap demi mengenal pasti mengapa kurangnya penulisan jelas mengenai kewujudan dan rupa bentuk Kota Melayu Melaka walhal penceritaannya masyhur seantero alam semenjak dari zaman silam, namun gambarannya masih kabur.

Prakata

1. Periwayatan Melaka
2. Interpretasi Sejarah
3. Pensejarahan dan Seni Bina
4. Melaka sebagai Tamadun Agung Nusantara
5. Ketinggian Tamadun Empayar Melayu Melaka
6. Perspektif — Melaka Raya 1511 (Interpretasi Seni Bina)

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.207 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.