Manual Admiralti Ilmu Kepelautan, Jilid 1

Terjemahan daripada judul asal Admiralty Manual of Seamanship, Volume 1 oleh NOOR ZUKHI HARUN, MUHAMMAD RAZIN ABDULLAH dan YACOB ISMAIL

DBP (Cetakan Pertama, 1995)
xii + 603 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM60.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836248558 Product ID: 710 Subject: Sub-subjects: , , ,

Manual Admiralti Ilmu Kepelautan, Jilid 1 ialah terjemahan yang sah daripada buku Admiralty Manual of Seamanship (Volume 1) terbitan Her Majesty’s Stationery Office (HMSO), St. Crispins, Duke Street, England. Buku manual ini dihasilkan untuk memberikan pengenalan menyeluruh tentang kemahiran yang perlu dalam bidang kepelautan. Maklumat yang terkandung dalam buku ini disusun dalam empat bahagian: (i) Ilmu dan Keselamatan Kapal; (ii) Kepelautan; (iii) Organisasi Kapal; dan (iv) Pengendalian Kapal dan Pandu Arah; supaya pembaca dapat mendalami sebarang subjek yang ingin diperoleh.

Jilid 1 merupakan buku panduan asas untuk pegawai tentera laut atau sesiapa yang ingin menganggotai tentera laut. Empat bahagian tersebut merangkumi tajuk yang berikut. 1. istilah umum laut, jenis kapal, reka bentuk dan pembinaan kapal perang, keselamatan kapal, langkah mengawal kebakaran; 2. Tali dan kegunaannya, ikatan dan lilitan serta kerja tali umum, tali-temali, bot perkhidmatan, pengendalian bot, bot, sauh dan kabel; 3. Organisasi asas, komunikasi dalam tentera laut, istiadat dalam tentera laut; 4. Kompas kapal, mengarah pandu dan mengemudi, pandu arah asas dan elemen peraturan lalu lintas laut.

Manual Admiralti Ilmu Kepelautan mengandungi empat jilid. Jilid I ialah buku asas kepelautan untuk pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja British. Jilid II mengandungi perincian yang lebih teknikal dan merupakan buku teks am dan buku rujukan untuk kelasi yang berusaha untuk mendapatkan kenaikan pangkat, dan untuk pegawai muda. Jilid III khas untuk pegawai. Jilid ini meliputi ilmu kepelautan yang penting seperti pengendalian kapal, dan juga pelbagai tajuk lanjutan seperti bantuan pada kapal dalam kecemasan. Jilid IV mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kegunaan Tentera Laut Diraja British sahaja dan tidak diterbitkan untuk kegunaan awam.

Prakata

Bahagian I – Ilmu dan Keselamatan Kapal
1. Istilah Umum Laut
2. Jenis Kapal
3. Reka Bentuk dan Pembinaan Kapal Perang
4. Keselamatan Kapal
5. Langkah-langkah Mengawal Kebakaran

Bahagian II – Kepelautan
6. Tali dan Kegunaannya
7. Ikatan dan Lilitan Serta Kerja Tali Umum
8. Pasangan
9. Bot Perkhidmatan
10. Pengendalian Bot
11. Sauh dan Kabel

Bahagian III – Organisasi Kapal
12. Organisasi Asas
13. Komunikasi dalam Tentera Laut
14. Istiadat dalam Tentera Laut Jenis Bendera

Bahagian IV – Pengendalian Kapal dan Pandu Arah
15. Kompas Kapal
16. Mengarah Pandu dan Mengemudi
17. Pandu Arah Asas
18. Elemen Peraturan Lalu Lintas Laut

Glosari
Indeks

Weight0.890 kg
Dimensions24 × 16.2 × 3 cm
Author(s)

, ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.