Out of stock

Adat Melayu Serumpun

Penyelenggara: Abdul Latiff Abu Bakar

Kerajaan Negeri Melaka & Perbadanan Muzium Melaka (2001)
486 Halaman
ISBN 9789839947328

RM38.00

Out of stock

Adat Melayu Serumpun ini amat bermakna kerana selama ini buku yang merangkumi perihal Adat Rumpun Malayu belum pernah diterbitkan untuk tatapan dan bacaan umum. Begitu juga pertemuan pemimpin dan sarjana dalam bidang Adat Melayu tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Adat Melayu Serantau pada tahun 1996 sempena menyambut 600 Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah dan ulang tahun ke 10 Muzium Budaya.

Hasil daripada seminar tersebut, dua puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh dan sarjana berwibawa di Dunia Melayu serta empat lagi tulisan penyelidikan tentang adat perkahwinan yang kemudiannya dimuatkan dalam buku ini. Sebagai memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

Bahagian I – Konsep dan Tafsiran adat;
Bahagian II – Amalan Adat Rumpun Melayu; dan
Bahagian III – Adat Perkahwinan.

Diharapkan agar buku Adat Melayu Serumpun ini menjadi rujukan dan panduan di kalangan ketua kampung atau datuk sidang penghulu menjalankan tugas sebagai ketua adat, para sarjana, pemimpin, guru serta generasi muda yang bakal mewarisi khazanah seni budaya yang sangat tinggi nilainya di sepanjang zaman. Gunakanlah warisan Adat Melayu ini sebagai pewaris jati diri bangsa Melayu yang bertamadun.

Weight0.630 kg
Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.