Ancaman Keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, Masyarakat dan Kerajaan menelusuri sejarah perkembangan gerakan komunis di Sarawak sejak tahun 1920-an sehingga komunis menyerah diri kepada kerajaan pada tahun 1990. Sehubungan itu, perbincangan dalam buku ini turut memberi perhatian kepada strategi komunis dan Clandestine Communist Organisation (CCO) dalam menyebarkan fahaman komunis melalui pelbagai kegiatannya kepada masyarakat di Sarawak. Di sini juga diteliti sejauh manakah penduduk Sarawak memberi sokongan kepada perjuangan komunis. Selain itu, buku ini juga membincangkan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencegah penyebaran kegiatan komunis dalam kalangan penduduk dan kemudian membanteras gerakan komunis di Sarawak. Dengan itu dapat dinilai sejauh mana pencapaian langkah pentadbiran British dan kerajaan Sarawak dalam mengekang gerakan komunis di negeri itu.
Secara umumnya, perbincangan ini melibatkan empat zaman pentadbiran di Sarawak, iaitu ketika Sarawak di bawah pentadbiran Raja Brooke sehingga 1941, zaman pendudukan Jepun (1941-1945), zaman pentadbiran British (1946-1963) dan apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia (1963-1990). Skop perbincangan bermula pada tahun 1920-an iaitu apabila pengikut Parti Komunis China melarikan diri ke Sarawak ketika berlaku Perang Saudara antara PKC dengan Kuomintang di China. Perbincangan dalam buku ini berakhir dengan komunis bersetuju menghentikan perjuangan dan menandatangani Perjanjian Damai dengan pihak kerajaan Sarawak pada Oktober 1990. Setakat ini amat kurang kajian yang dijalankan berkaitan gerakan komunis di Sarawak secara menyeluruh. Justeru, perkembangan gerakan komunis di Sarawak amat penting untuk dikaji secara mendalam memandangkan kajian sebelum ini lebih banyak tertumpu kepada perkembangan gerakan komunis di Tanah Melayu berbanding dengan Sarawak.
Sejarah gerakan komunis di Sarawak sejak tahun 1920an sehingga 1990, strategi komunis dalam mempengaruhi penduduk, penglibatan penduduk dalam kegiatan komunis dan usaha kerajaan dalam membanteras gerakan komunis di Sarawak secara mendalam masih kurang mendapat perhatian yang sewajarnya daripada para pengkaji. Lagipun, perbincangan dalam buku ini adalah berdasarkan pelbagai sumber dari luar negara dan dalam negara yang belum diberi perhatian secara wajar oleh pengkaji. Dengan itu, penghasilan buku ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengetahuan dan memperkayakan sumber rujukan tentang sejarah perkembangan komunis di Sarawak secara khususnya serta sejarah Sarawak dan sejarah Malaysia umumnya.
Lee Yoke Meng (Verified Reader) –
The book arrived on a rainny day n tge courrier left it at the gate post. But the book was well wraped n totally protected. Keep up the good wrapping