Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh

Disunting oleh HASHIM YAACOB, ABU BAKAR HAMID, dan AZIZAH HAMZAH

Penerbit UM (First Published, 2018)
181 halaman termasuk Indeks

RM48.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!
ISBN: 9789831009284 Product ID: 28213 Category: Sub-subjects: , , , ,

Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh merupakan sebuah festschrift untuk seorang tokoh pendidikan dan penjawat awam yang telah menabur jasa bakti lebih dari separuh usianya, terutamanya pembangunan Institut Teknologi MARA. Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan pendidikan bermula pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian, Kolej MARA dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan beliau sekali lagi diminta menerajuinya sebagai Pengarah. Arshad telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di ITM sehingga tahun 1975.

Di ITM, Arshad memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di ITM sehingga ke hari ini.

Kecemerlangan Arshad terbukti apabila bilangan pelajar di ITM bertambah daripada 200 pelajar kepada 700 pelajar pada tahun 1975. Kini, ITM telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan jumlah pelajarnya mencapai 160,000 orang dan dianggap sebagai universiti terbesar di dunia.

Meskipun telah bersara selepas berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan di pelbagai kementerian, Arshad Ayub masih lagi menyumbangkan khidmat dan bakti dalam pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di Universiti Malaya. Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi orang Melayu, beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran, termasuklah anugerah gelaran Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.

Senarai Gambar
Kata Pengantar

Introduction
— Johan Jaaffar

Berani Menguak Takdir: Cabaran Hidup Tan Sri Arshad bin Ayub
— Abu Bakar Hamid

Arshad Ayub Merata Tanah Tempat Bersila
— Hashim Yaacob

Arshad Ayub: Antara “Samseng” dan Patriot Pendidikan Bangsa
— Dzulkifli Abdul Razak

Arshad Ayub: A Manifest Saviour
— Ibrahim Ali

Sumbangan Tan Sri Arshad Ayub dalam Pembangunan ITM
— Hassan Said

Corat-Coret Arshad Ayub
— Zaini Hassan

Arshad: Pengubah Jalan Hidup Saya
— Ezrin Arbi

Arshad Ayub – As I Was Passing!
— Kurunathan Ratnavelu

UiTM, Sejarah, Prejudis dan Intelektual Melayu Baru
— Ahmad Murad Merican

Arshad Ayub: Jurubina Ilmu
— Azizah Hamzah

Enche Arshad Ayub dan Sikap-sikap Orang Melayu
— Md Azalanshah Md Syed

As I Remember…
— Koh Boon Cheng with Fauziyah Hanim Abdul Ree

Kejayaan yang Tertangguh
— Hasan Mad dengan Tuan Nurizan Raja Yunus

Biodata Tan Sri Dato’ Seri Utama Arshad bin Ayub
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight 0.39 kg
Dimensions 23 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.