Ayahanda, sebuah karya oleh Azizi Haji Abdullah. Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak mampu memahami perasaan seorang bapa, demikianlah kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah. Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
Ayahanda
AZIZI HAJI ABDULLAH dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A dan penerima anugerah MASTERA 2007.
DBP (Cetakan kedua, 2022)
364 halaman
RM22.00
In stock
Weight | 0.260 kg |
---|---|
Dimensions | 18.5 × 11 × 1.4 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
5 star | 100% | |
4 star | 0% | |
3 star | 0% | |
2 star | 0% | |
1 star | 0% |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
Anonymous (store manager) –
Zabidin Baharudin (Verified Reader) –