Baris Pertama mengundang pembaca menjiwai kekuatan dan kematangan baris-baris fikiran beliau. Terdapat sejumlah draf dan manuskrip beliau dipercayai tersedia untuk tujuan penerbitan berada di sekitar kamar kerjanya. Selain puisi, sebahagian besar bahan-bahan tersedia ini berupa penulisan madah. Maka, timbul hajat dan hasrat menghimpunkan kesemua petikan kata ini bersama sumber lain untuk dibukukan sebagai sebuah kumpulan madah & ungkapan.
Baris Pertama: Kumpulan Madah & Ungkapan ini menghimpunkan lebih daripada 1000 kata-kata mutiara daripada penyair yang berasal dari Kuala Terengganu ini.
Reviews
There are no reviews yet