Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia

MOHAMED SALLEH LAMRY adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
310 halaman termasuk Indeks

RM60.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 12 points worth of RM1.20!
ISBN: 9789674122522 Product ID: 27456 Category: Sub-subjects: , , ,

Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia yang dititip oleh Mohamed Salleh Lamry, memperihalkan kisah hidup seorang sarjana, pemikir dan intelektual awam yang telah membuat sumbangan penting kepada bidang ilmu serta pembangunan negara dan masyarakat melalui pelbagai peranan yang dimainkannya baik semasa beliau berada di UKM selama hampir 30 tahun (1972-2001) mahupun di luar UKM dalam pelbagai kapasiti. Ishak aktif dalam gerakan pelajar semenjak usia mudanya, sewaktu beliau menjadi mahasiswa di London pada akhir 1960-an. Pemahaman tentang suasana politik serta perkembangan dunia ilmu di Britain, Eropah Barat dan Amerika Syarikat pada 1960-an dan awal 1970-an amat penting bagi menghayati pembentukan intelektual sejumlah mereka yang berada di United Kingdom termasuk Ishak.

Suasana politik di sana pada zamar itu memang cukup bergelora dengan kebangkitan mahasiswa dan rakyat menentang rasisme, imperialisme dan perang pencerobohan Amerika Syarikat khususnya ke atas Vietnam, menentang zionisme Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, menentang perluasan senjata nuklear oleh kuasa-kuasa besar serta menuntut demokrasi, keadilan sosial, kemerdekaan sejati dan kebebasan. Gerakan solidariti rakyat Dunia Ketiga melawan neokolonialisme dan imperialisme juga semakin berkembang manakala kebangkitan negara-negara sosialis seperti China dan Cuba juga begitu menarik perhatian dunia.

Sementara itu, khazanah ilmu yang kaya-raya serta ruang intelektual yang terbuka luas menggamit minda dan menawan imaginasi intelektual muda yang berkelana menuntut ilmu berpandukan semangat yang amat peka kepada soal kemanusiaan khususnya isu kemunduran dan pembangunan masyarakat negara-negara bekas tanah jajahan. Antara bidang ilmu yang menawan imaginasi para pelajar ketika itu seperti Ishak ialah ilmu ekonomi politik yang antara lain menganjurkan teori ketergantungan. Walaupun terdapat kekurangannya, ilmu ini mampu menghuraikan dengan jitu bagaimana syarikat-syarikat gergasi multinasional—yang didukung oleh hegemoni politik kuasa besar yang menunjang sistem kapitalisme—menguasai dan membolot kekayaan ekonomi negara-negara bekas tanah jajahan di Dunia Ketiga, dengan membawa kekayaan dan kemakmuran kepada metropolis di Barat tetapi mengakibatkan kemunduran dan keterbelakangan kepada negara-negara bekas tanah jajahan di pinggiran.

Perspektif teori ilmu ekonomi politik inilah yang menjadi pegangan Ishak semasa di luar negara dan diperteguhkan dengan kajian-kajian empirikal masyarakat sekembalinya ke tanah air. Walaupun beberapa aspek teori ini dikritiknya kemudian, namun beliau memperkayakannya lagi dengan teori baharu mengenai peranan negara, pasaran dan masyarakat sivil dalam pembangunan khususnya bagi menangani kemiskinan dan ketaksamaan di bawah dampak globalisasi neoliberal pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21. Daripada kajian dan renungan teori dan empirikal ini lahirlah ungkapan yang hebat gemanya yang beliau gunakan iaitu berjuang demi mewujudkan “Bumi Semua Manusia” dalam syarahan perdana profesornya yang disampaikan pada 1999. Ungkapan inilah yang menjadi ilham bagi judul biografi ini dan menjadi semangat yang menjiwai keseluruhan penulisannya.

Penerbitan biografi ini memang suatu penghormatan yang amat perlu serta kena pada tempat dan masanya bagi mengenangi dan merakamkan sumbangan dan jasa besar Ishak. Sementara biografi ini melukiskan latar belakang pendidikan dan sejarah pemikiran dan praktik Ishak, ia juga merakamkan sebahagian sejarah politik, intelektual dan sosiobudaya yang penting tanah air kita khususnya yang dilaluli oleh generasi pasca-Merdeka dan bagaimana seorang sarjana, intelektual awam dan pemikir seperti Ishak terlibat dalam arus zaman berkenaan. Contoh Ishak Shari yang dipaparkan dalam biografi ini merupakan sesuatu yang amat berharga yang boleh dipelajari dan diteladani oleh generasi demi generasi negara kita.

Senarai Gambar
Senarai Singkatan
Kata Pengantar oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
Kata Pengantar oleh Dr. Jomo K.S.
Prakata
Sajak

BAHAGIAN I KELUARGA DAN PENDIDIKAN AWAL

Bab 1 Anak Polis
Bab 2 Di Kampung Setinggan
Bab 3 Zaman Persekolahan

BAHAGIAN II PEMBENTUKAN SEORANG INTELEKTUAL

Bab 4 Ke London dengan Biasiswa Colombo Plan
Bab 5 Pengaruh Persekitaran
Bab 6 Penglibatan dengan Gerakan Pelajar

BAHAGIAN III SARJANA DAN PEMIMPIN AKADEMIK

Bab 7 Bertugas di UKM
Bab 8 Ishak dan Pelajar
Bab 9 Penyelidikan, Perundingan, Penerbitan dan Persidangan
Bab 10 Memupuk Budaya Ilmu
Bab 11 Menjadi Felo Program Asian Leadership di Jepun
Bab 12 Menyumbang Kepakaran
Bab 13 Pemimpin Akademik

BAHAGIAN IV PEMIKIRAN KE ARAH “BUMI SEMUA MANUSIA”

Bab 14 Tentang Kemiskinan dan Ketaksamaan Agihan Pendapatan
Bab 15 Wacana Tentang Globalisasi
Bab 16 Agenda Sosial
Bab 17 Bumi Semua Manusia

BAHAGIAN V INTELEKTUAL AWAM DAN AKTIVIS SOSIAL

Bab 18 Bersama INSAN, PSSM dan Penerbitan Wira Karya
Bab 19 Bersama PSRM
Bab 20 Sahabat Kaum Buruh

BAHAGIAN VI SUAMI, BAPA DAN KETUA KELUARGA

Bab 21 Berkahwin dengan Rasidah
Bab 22 Suami dan Ayah yang Sibuk
Bab 23 Anak-anak yang Pandai dan Berjaya
Bab 24 Ishak dengan Adik dan Anak Saudara
Bab 25 Sebelum dan Selepas Kematian
Bab 26 Rasidah Berdikari Sepeninggalan Suami

BAHAGIAN VII ISHAK DALAM KENANGAN

Bab 27 Majlis Memperingati Pemergian Ishak
Bab 28 Ucapan Belasungkawa
Bab 29 Rencana Akhbar dan Majalah
Bab 30 Memperingati Legasi Intelektual Ishak Shari
Bab 31 Kenangan Terbaru daripada Rakan-rakan

Biodata Profesor Dr. Ishak Shari
Daftar Karya Ilmiah Profesor Dr. Ishak Shari
Indeks

Weight 0.503 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *