Daerah Zeni merupakan suatu daerah di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu terus hidup. Anak Lazri Meon, Zeni, semakin tertarik membaca novel karya Lazri, yang berkisar kepada perjuangan Hamdar menentang penjajah Inggeris. Zeni kagum dengan sikap Hamdar yang senang hidup terpisah daripada masyarakat, menghuni gerabak keretapi dan mengenang kembali perjuangan kawan-kawannya menentang penjajah Inggeris; Zeni merasa ditarik untuk menghayati dunia novel itu. Dia membandingi hidup ayahnya dengan hidup Hamdar. Ada misteri dalam penceritaan, ada persamaan dalam perwatakan. Timbullah semangat untuk meladeni hidup cacat adiknya. Doa rela begitu daripada menyambut kedatangan bekas suaminya yang ingin rujuk semula.
Zedi pula yang turut membaca novel ayahnya, tidak menyukai layanan baik yang diberi oleh kakak dan ayahnya. Dia mahu mereka menyelesaikan masalahnya sendiri dan biarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri. Dia cacat, tetapi dalam kecacatan itu dia mahu hidupnya ditentukan oleh dia sendiri bukan simpati keluarganya. Dan novel ayahnya adalah sumber semangat yang tidak dapat dinilai
Reviews
There are no reviews yet