Dasar Pembangunan dan Populisme di Malaysia

SITY DAUD adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Ekonomi Politik.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2020)
270 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

Dasar Pembangunan dan Populisme di Malaysia memaparkan kepentingan peranan negara dalam dasar pembangunan dan bagaimana ia telah menjadi wadah populisme di Malaysia. Negara pembangunan berdasarkan model Jepun telah disesuaikan dengan keperluan ekonomi dan politik Malaysia sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada 1971. DEB sebagai dasar kejuruteraan sosial telah menjadi ukuran pembangunan selaras objektif serampang dua matanya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Pada masa yang sama DEB juga menjadi sasaran kritik terhadap negara apabila DEB dan dasar selepasnya dikatakan membuka peluang untuk amalan kronisme dan nepotisme dalam mencapai objektifnya. Dasar pembangunan yang sepatutnya mensasarkan pembangunan fizikal dan pembinaan keupayaan masyarakat bawahan telah menguntungkan segelintir kelompok elit yang memperjuangkan fahaman populis untuk kepentingan ekonomi dan politik masing-masing.

Populisme sebagai suatu ideologi memisahkan masyarakat ke dalam dua kelompok yang homogen dan antagonis, iaitu masyarakat yang murni dan elit yang korup. Penyokong populisme berpendapat bahawa politik harus merupakan ekspresi dari keinginan umum masyarakat. Populisme mempunyai pelbagai maksud yang berbeza tapi persamaan di antara populisme untuk setiap kelompok adalah bahawa semuanya sama dalam hal kecurigaan terhadap elit dan semua memusuhi elit, membenci mainstream politics, dan institusi yang mapan. Maka populisme mewakili mereka yang dilupakan, rakyat biasa yang terpinggirkan, bahkan seringkali merasa mewakili patriotisme murni. Populisme juga adalah simptom dari demokrasi yang bermasalah. Jika masalah sosial dan ekonomi boleh diatasi maka dengan sendirinya simptom tersebut akan pudar.

Sementara itu, kayu ukur bagi keberhasilan dari pemerintahan Populisme adalah bagaimana mensejahterakan masyarakatnya. Buku ini memperlihatkan persaingan di antara golongan yang pro dan kontra terhadap Populisme, khususnya dalam memahami dasar pembangunan di Malaysia sejak 1970-an. Di satu pihak, golongan masyarakat memerlukan dasar pembangunan yang bersifat populis untuk kepentingan umum manakaladi pihak lain terdapat golongan elit yang memanfaatkan peluang perniagaan yang diperolehi daripada hubungan baik dengan mereka yang berkuasa Inilah antara dilema dalam dasar pembangunan di Malaysia di mana usaha untuk memperkasakan rakyatnya yang miskin telah dimanipulasi oleh golongan elit berkuasa yang berkepentingan.

Dasar Pembangunan dan Populisme di Malaysia memujaradkan pengalaman Jepun dan Korea Selatan di mana negara didapati telah berperanan penting dalam pembangunan ekonomi sehingga Jepun dan Korea Selatan menjadi negara industri maju. Berdasarkan pengalaman kedua-dua negara tersebut, model negara pembangunan Malaysia telah diangkat sebagai kerangka analisis bagi meneliti pelbagai dasar, strategi dan langkah-langkah pemerintah Malaysia dalam pembangunan di Malaysia bagi tempoh 1971 hingga 2017.

Walaupun terdapat beberapa persamaan dengan ciri-ciri negara pembangunan Jepun dan Korea Selatan, namun terdapat beberapa perbezaan dalam pengalaman Malaysia disebabkan pengalaman sejarah, sistem politik dan sistem masyarakat yang berbeza. Beberapa ciri yang khusus dikenalpasti bagi negara pembangunan Malaysia, iaitu negara yang kuat, autonomi relatif, birokrasi yang cekap, campur tangan pemerintah yang mesra pasaran, agensi khusus, sistem pemegangan amanah, tindakan afirmatif dan dasar penerapan nilai-nilai Islam.

Namun begitu, walaupun kelemahan-kelemahan campur tangan negara dalam ekonomi terus menjadi sasaran pengkritik, terutamanya daripada fahaman populisme, negara pembangunan masih relevan dalam era globalisasi khususnya bagi pertumbuhan dan pembangunan negara sedang membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, usaha negara pembangunan dalam merangsang pertumbuhan, mengagihkan kekayaan negara dan dalam menangani ketegangan hubungan masyarakat berbilang kaum telah dicemari oleh kelemahan pentadbiran dan salah guna kuasa.

Weight0.32 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

4.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
100
100%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (4 star). See all 1 review
  1. Leau Lee Meng (Verified Reader)

    Well researched book

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.