Dewa Cinta: Kumpulan Cerpen

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A Write Award 2011.

Nusa Centre (Cetakan Pertama, 2020)
72 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26690 Subject: Sub-subjects: ,

Dewa Cinta merupakan sebuah kumpulan cerpen yang menghimpunkan lima buah cerpen S.M. Zakir, yang ditulis sekitar hampir 20 tahun yang lalu. Hanya sebuah daripada cerpen ini pernah dimuatkan di dalam kumpulan cerpen penulis, iaitu cerpen “Dewa Cinta”. Kira-kira 20 tahun dahulu penulis merangka untuk menghimpunkan cerpen-cerpen yang saling berkaitan menjadi sebuah buku. Ia mungkin menjadi sebuah novel-cerpen atau nopen. Penulis berjaya menyiapkan lima buah cerpen dan merangka untuk menuliskan lima buah cerpen lagi bagi melengkap sebuah buku dengan 10 buah cerpen. Tetapi entah bagaimana, menurut penulis, beliau tidak meneruskan dan membiarkan projek itu beku begitu sahaja.

Setelah hampir 20 tahun, penulis memikirkan untuk menerbitkan sahaja lima buah cerpen ini memandangkan cerpen-cerpen ini telah dirangka menjadi ‘bab-bab’ dalam sebuah cerita yang panjang. Dahulu menurut beliau, penulis mungkin mempunyai “rancangan” untuk menamatkannya di mana. Sebuah dramatik yang bagaimana, sebuah tragedi yang bagaimana. Tetapi pada waktu ini penulis tidak lagi fikir beliau memerlukan penamat yang dirancangkan itu. Lagi pula pada waktu kini penulis sudah tidak lagi menulis tentang hal-hal yang dituliskan 20 tahun yang lampau. Maka amat tidak mungkin untuk beliau menyambung ceritanya lagi. Lantaran itu ada baiknya penulis menyudahkannya dengan menerbitkannya menjadi sebuah buku—sebagaimana adanya.

Sebuah period masa diwakili oleh penulisan dan fikiran yang tersendiri. Maka ada baiknya menurut penulis, beliau tidak mencemarkan kemurnian penulisan pada period masa dahulu. Penulis memikirkan begini, menggali sebuah kapsul masa yang beliau tanam hampir 20 tahun dahulu dan mengeluarkan isinya. Di situ penulis melihat wajah karya beliau di dalam kapsul masa itu. Penulis memegangnya di tangan, dan kemudian mengerjakannya termasuk menyunting kembali untuk menjadi sebuah buku. Sebuah buku daripada sebuah kapsul masa. Penulis memilih untuk tidak menuliskan “masa lalu beliau” tetapi menerbitkan “masa lalu beliau”. Ia juga sesuatu yang menarik bukan?

Nota Dewa Cinta

1. Dewa Cinta

2. Aku dan Pari-pari

3. Aku dan Sisipus

4. Aku dan Sang Raja

5. Aku dan Para Dewa

Weight0.08 kg
Dimensions18.5 × 11.5 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author