Out of stock

DEWA-RAJA: Simbolisme dalam Sastera dan Alam Melayu Klasik

PUTEH NORAIHAN A. RAHMAN adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Citra Universiti serta felo bersekutu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
207 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

DEWA-RAJA: Simbolisme dalam Sastera dan Alam Melayu Klasik menganalisis simbolisme dewa-raja yang dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara yang turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu klasik. Agama Hindu-Buddha yang berkembang dari abad ke-7 sehingga abad ke-14 Masihi di Nusantara memberi pengaruh yang besar terhadap dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha mengubah nilai-nilai kebudayaan dan pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme serta agama nenek moyang.

Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hikayat Malim Deman. Pemilihan sampel kajian ini adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza, iaitu sastera pra-Islam, anekdot, sastera sejarah dan sastera zaman transisi Hindu-Islam. Bahan kajian terbatas kepada lima teks sastera Melayu klasik. Hasil kajian memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan bagi menonjolkan simbolisme dewa-raja dalam menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Hindu lebih dekat dengan jiwa masyarakat Nusantara kerana ajaran-ajarannya yang lebih kepada anismisme dan kependetaan telah diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Proses sinkritisme antara agama Hindu dengan budaya Melayu kuno mudah berlaku kerana agama Hindu sendiri lebih menekankan rupa, bentuk dan perlambangan estetika. Justeru, kebudayaan yang cenderung kepada nilai-nilai kesenian dan estetika mudah mencorakkan pandangan semesta masyarakat Melayu pada waktu itu. Sayang sekali, pengabaian kepada ilmu-ilmu saintifik kelihatan ketara kerana jarang sekali penulisan-penulisan falsafah daripada segi logik, saintifik dan rasional dihasilkan semasa kegemilangan kerajaan Hindu-Buddha di Nusantara.

Oleh yang demikian, kedatangan agama Hindu ke alam Melayu pada sekitar abad ke-2 Masihi memperlihatkan kepincangan dalam penganalisisan falsafah dan pemikiran ilmiah. Epik-epik Hindu seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Sang Boma atau Bomantara serta beberapa hikayat kuno yang lain jelas bercirikan magis, mistik, kepahlawanan dan hubungan dengan alam keinderaan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan agama Hindu ke alam Melayu telah menyumbang kepada perkara yang baharu seperti penyebaran dan penggunaan bahasa Sanskrit oleh masyarakat Nusantara, termasuk penggunaan bahasa Sanskrit dalam penghasilan karya-kaya sastera di Nusantara seperti yang diakui oleh al-Attas.

Selain bahasa Sanskrit, kemantapan sistem beraja diserlahkan dengan pengenalan kepada konsep dewa-raja dan kultusnya yang diguna pakai oleh rakyat di Nusantara secara besar-besaran. Dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan kesusasteraan di Nusantara memperlihatkan penyerapan unsur Hindu-Buddha, terutama terhadap masyarakat Jawa sebelum zaman transisi Hindu-Islam

Senarai Gambar
Senarai Istilah
Prakata

BAB 1 Dewa, Dewa-Raja dan Kultus Dewa-Raja

BAB 2 Sejarah Perkembangan Kultus Dewa-Raja di Asia Tenggara

BAB 3 Simbolisme Dewa-Raja dalam Kesusasteraan Melayu Klasik serta Adat-Istiadat Istana Melayu Klasik

BAB 4 Evolusi Amalan Dewa-Raja

BAB 5 Cabaran Institusi Beraja dalam Masyarakat Masa Kini

Rujukan
Indeks

Weight0.314 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.