Dialek Melayu Sarawak: Perkataan, Ayat dan Perbualan

MOHD. ALI SALIM adalah karyawan dan penulis sastera yang berasal dari bumi Kenyalang.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
168 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Product ID: 32949 Subjects: , Sub-subjects: ,

Dialek Melayu Sarawak: Perkataan, Ayat dan Perbualan ditulis untuk memberi pendedahan tentang golongan kata, ayat dan perbualan, serta membolehkan pembaca memahami bahasa yang ditutur oleh orang Melayu Sarawak. Buku ini ditulis dengan menyenaraikan perkataan-perkataan mengikut golongan kata seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata ganda, kata yang bermula dengan ng-, kata yang bermula dengan ny-, kata majmuk, perbandingan perkataan Bahasa Melayu dan dialek Melayu Sarawak, dan akhirnya perbualan dalam dialek Melayu Sarawak.

Setiap bab disediakan satu golongan atau jenis perkataan dengan menyenaraikan perkataan-perkataan dialek Melayu Sarawak pada sebelah kanan dan terjemahannya di sebelah kiri menggunakan Bahasa Melayu. Sebelum itu, dijelaskan terlebih dahulu tentang golongan kata dalam dialek Melayu Sarawak dan penggunaannya seperti keunikan serta perbezaan makna dalam Bahasa Melayu. Kemudian disediakan ayat-ayat dialek Melayu Sarawak sebagai latihan kepada pembaca untuk memahami kembali makna perkataan itu dalam ayat yang disediakan. Justeru, pembaca bukan sahaja diperkenalkan dengan perkataan-perkataan mengikut golongan kata tetapi memahami penggunaan perkataan tersebut dalam ayat atau pertuturan dialek Melayu Sarawak.

Oleh yang demikian, setiap bab dan golongan kata akan disediakan contoh ayat bagi memudahkan pembaca memahami ayat dalam dialek Melayu Sarawak. Kemudian disediakan makna dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, secara langsung pembaca bukan sahaja didedahkan dengan perkataan-perkataan dalam bab tersebut tetapi turut mempelajari perkataan lain yang melengkapkan ayat itu. Cara begini boleh dijadikan latihan untuk menguatkan semula ingatan pembaca tentang perkataan-perkataan dalam golongan kata yang telah dipelajari. Melalui ayat tersebut, pembaca bukan sahaja belajar memahami ayat dalam dialek Melayu Sarawak tetapi secara langsung menguasai banyak perkataan dalam dialek Melayu Sarawak.

Tambahan pula, jika semakin kerap kemunculan sesuatu perkataan itu dalam setiap bab, maka akan mengukuhkan lagi daya ingatan dan kefahaman pembaca. Seterusnya disediakan satu bab perbandingan antara Bahasa Melayu dan dialek Melayu Sarawak bagi menilai semula perkataan-perkataan yang sudah dipelajari dalam bab-bab sebelumnya seperti golongan kata, dan perkataan-perkataan dalam ayat yang disediakan bagi satu unsur pengukuhan, pemudah bandingan dan aplikasi mudah mempelajari dialek Melayu Sarawak.

Selain itu, bab selanjutnya menyediakan contoh perbualan dalam dialek Melayu Sarawak bagi mengukuhkan kefahaman pembaca tentang penggunaan perkataan dalam pengucapan seharian. Makna dalam Bahasa Melayu turut disediakan. Kaedah begini bagi mengukuhkan lagi kefahaman pembaca tentang perkataan yang telah dipelajari dalam bab-bab sebelumnya dengan melihat penggunaan perkataan itu dalam perbualan. Secara langsung pembaca boleh memahami maksud perbualan dalam dialek Melayu Sarawak. Sebagai pengukuhan, disediakan satu bab bentuk karya kreatif, iaitu pantun dan cerpen dalam dialek Melayu Sarawak. Penelitian karya tersebut dapat mengukuhkan lagi kefahaman pembaca tentang lebih banyak perkataan dalam dialek Melayu Sarawak. Malah pembaca akan memahami cerita sambil menguasai banyak perkataan dalam cerita tersebut.

Senarai Jadual
Prakata

1. Pengenalan
2. Kata Nama
3. Kata Ganti Nama
4. Kata Kerja
5. Kata Adjektif
6. Kata Tugas
7. Kata Ganda
8. ng- dalam Dialek Melayu Sarawak
9. ny- dalam Dialek Melayu Sarawak
10. Kata Majmuk dan Frasa Bermakna dalam Dialek Melayu Sarawak
11. Perbandingan Perkataan Bahasa Melayu dengan Dialek Melayu Sarawak
12. Perbualan
13. Dialek Melayu Sarawak dalam Karya Kreatif

Bibliografi
Indeks

Weight0.234 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.