Dunia ialah Sebuah Aksara: Esei-Esei Sastera Antarabangsa merupakan kutipan pemikiran dan imaginasi pengarang-pengarang tersohor dari lima buah benua oleh Muhammad Haji Salleh. Penulis cuba memperkenalkan pengarang besar, lisan, klasik atau mutakhir. Mereka berasal dari Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan, serta Afrika dan Asia, dari Jepun, China dan Korea kepada Indonesia dan Filipina serta India. Dari Goethe dan Fauconnier, dari Le Clezio hinggalah Pinter. Dari Wole Soyinka dan Derek Walcott hinggalah Coetzee dan Goldimer. Seni karangan juga sangat menakjubkan—daripada Borges yang cuba memberikan wajah kenyataan yang berubah-ubah hinggalah layangan minimal Basho. Julat cara dan pendekatan sangat besar dan berencam, serencam dunia sebenar dunia kita sendiri. Imejan daripada kumpulan Perancis bernama “Imagistes” mensasarkan rangka citra yang dasar sementara Pablo Neruda dari Chile bergema dengan perincian perasaan dan suara. Inilah nikmat sastera, dari Kepulauan Melayu dan di seberangnya, dari semua bahasa.
Walaupun ramai yang tidak menyetujuinya, namun AW aa bahawa kita sudah menjadi sebahagian daripada dunia yang lebih besar tidak dapat kita tolak, kita sembunyikan atau kita lenyapkan daripada lidah atau kewujudan kita. Dunia ini sudah sampai ke pelabuhan kita, telah menaiki monorel, dan telah memasuki hotel dan kedai buku, muzium serta restoran kita. Dunia ini menggunakan bahasa yang berbagai-bagai, ribuan jumlahnya, dengan ribuan dialek yang lain pula. Bahasa tidak bersempadankan pagar atau suku, tetapi melimpah ke daerah yang penduduk memerlukannya. Malaysia memiliki 100 semuanya, Indonesia lebih 700 jumlahnya, dan New Guinea pula sekitar 1000 banyaknya.
Sebuah bahasa mencipta seni naratif dalam bahasa itu—sebagai suatu keperluan alat menyampaikan ilmu pengetahuan dan saluran hiburan. Dan, bahasa yang banyak ini, dari Kecoa di Peru hinggalah Sioux di utara Amerika Syarikat, Kelt di Ireland dan Scotland, Ilokano di Filipina, Cham di Vietnam dan Kampuchea, semuanya mencipta sastera lisan dan bertulis. Inilah karya yang mengandungi keindahan tempatan dan sarwajagat, fikiran dan kebijaksanaan bangsa itu. Penulis seorang penyair, kritikawan dan ahli teori sastera. Ratusan ribu pengarang menulis dalam bahasa selain bahasa Melayu. Oleh sebab mereka juga perenung kehidupan dan pembina seni bahasa dan persembahan, maka penulis keluar dari pagar bahasa penulis dan mencari mereka di luar sana.
Yang sangat menguntungkan ialah hakikat bahawa mereka juga menawarkan pandangan hidup yang menarik dan berbeza, yang perlu kita ketahui sekiranya kita ingin hidup damai dengan mereka dan berjiran di pelantar pengetahuan bersama. Ada kekayaan dan kebijaksanaan serta seni di sana—walaupun dalam bahasa yang tidak kita fahami dan estetika yang berlainan sama sekali. Demikianlah penulis sebagai penyair, kritikawan dan pelajar sastera bandingan mencari dan cuba mengulas buku, pementasan serta perayaan sastera, pengarang dan kepengarangan mereka. Penulis rasa kita bukan saja dapat menikmati novel dan hikayat mereka tetapi juga klon dan tanka, syair dan sejarah mereka
Pengantar
Bahagian 1: Asia
Indonesia
1. Sitor Situmorang Merungkai Rahsia Bahasa
2. Mencari Naskhah Melayu Tulen
3. Mengempiskan Mitos di Yogyakarta
4. Subagio Sastrowardoyo: Kenangan dari Batas yang Basah
5. H.B. Jassin: Penyimpan “Ingatan Bangsa” Indonesia
6. Rendra dalam Kenangan
7. Setelah 350 Tahun, Tun Seri Lanang Dikuburkan “Anak Cucunya”
8. Pandji Tisna: Raja sebagai Sasterawan
9. Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu): Sebuah Catatan Kerja
10. Selirat Riwayat Kepengarangan
11. Sekali Lagi Amir Hamzah dan Selamanya
12. Sementara Menunggu Pulang Leila Chudori dan Pengungsi
13. Selamat Jalan, Pak Tenas
14. Dari Manakah Enrique, Melaka atau Maluku?
Singapura
15. Pustaka di Tengah Keriuhan Kota
Thailand
16. Melentur di Ribut Zaman: Seni dan Perubahan
17. Sunthorn Phu: Seorang Penyair Muda Menangisi Perpisahan
Vietnam
18. Lain Padang, Lain Lenggok Puisi
19. Perang dan Kecewa di Vietnam
20. Senyum di Hujung Sengsara Karma
21. Di Belakang Kabus Merah: Sejarah Ho Anh Thai Pengukir Waktu
22. Dunia ialah Sebuah Kedai Buku
23. Penjajahan dan Kepura-puraan sebagai Nasib: Vu Trong Phung dan Dumb Luck
India
24. Dari India: Sebuah Cinta Purba
25. Ke Urdu, Sebuah Bakat Besar
26. Sebuah Suara Keras dari Derita Sebenar: Karya Salma Pemberontak dari Tamil Nadu
27. Salma Hidup dalam Citra Kelabu dan Hitam
28. Tagore: Pengarang sebagai Ahli Falsafah
29. Menemui Tagore di Benggala
30. Amarah Adiga: Sastera Merungkai Sistem
Jepun
31. Kinkakuji: Emas yang Meleleh dari Cemburu Si Gagap
32. Genji Monogatari, Novel Terawal Dunia
33. Suatu Sastera: Sebuah Tamadun
34. Megah kerana Menterjemah
35. Kazuko Shiraishi: Penyair Berjiwa Jepun yang Rentak
36. Natsume Sosekidi di depan Gerbang Kemodenan
Korea
37. Jiwa dan Bangsa yang Terbelah: Korea dalam Jiwa Penyairnya
China
38. Yourcenar dan Mistik Asia
39. Wen, Cakerawala dan Sastera (Liu Hsieh 467-523 Masihi)
Timur Tengah
40. Di Tengah Salju Anatolia: Orhan Pamuk sebagai Pengarang
41. Jalaludin Rumi: Penyair Dunia
Bahagian II: Eropah
England
42. Sebuah Perjalanan Sastera di Jerman Timur
43. Dari Sebuah Negara Kecil, Sebuah Sastera Besar
44. J.M.G. Le Clézio: Dari Dunia yang Serpih
45. Herta Müller dan Titik Gelap Dunia
46. Odysseas Elytis: Pembaharu Metafora
47. Memperingati François-René Daillie (1925-2013)
United Kingdom
48. Pinter yang Pintar
49. Doris Lessing
50. D.J. Enright Seorang Penyair dan Guru
51. Pada Musim Gugur, Menggalur Perasaan Keats
52. Membaca Buat Diri dan Tamadun
53. Jhumpa Lahiri dan Runtunan Dua Buah Dunia
Bahagian III: Amerika
Amerika Utara
54. Suara Tipis Peribumi Amerika
55. Wystan Hugh Auden: Seratus Tahun Berlalu
56. Puisi Robert Frost: Makna Alam, Api, Air dan Batu
57. Budaya Buku di Benua Seberang
58. Auster: Travels in the Scriptorium
59. Tracy Chevalier: Pengarang Novel The Girl with the Pearl Earring
60. Tomas Transtromer, Pelukis Trauma Pascamoden
61. Mengapakah Alice Munro?
Amerika Selatan
62. Harap Jorge Luis Borges Sebenar Tampil ke Depan
63. Kenyataan di Luar Batas: Penulis Nusantara dan Amerika Latin
64. Sebuah Kenduri Buat Diktator
65. Mario Vargas Llosa Melukis Kotoran yang bernama Politik
66. Penyair, Pemikir, Perenung Zaman
Bahagian IV: Afrika
67. Daripada Bahasa Penjajah kepada Lagu Jiwa Bangsa
68. Muzik Hitam dalam Bahasa Selatan: Puisi Yusef Komunyakaa
69. Lagu Purba dari Afrika
70. Dari Nigeria: Osundare Berpuisi dan Mengkritik
71. Pulau, Sihir dan Cinta
72. Wole Soyinka: Kota Lawan Desa dalam The Swamp Dwellers
Bahagian V: Australasia
73. Apa Sudah Jadi, Witi?
Bahagian VI: Umum
74. Kota, Pengarang dan Ingatan Bangsa
75. Pengakuan Seorang Pemadat Buku
76. Cereka itu Emas, Puisi itu Intan
77. Persidangan sebagai Sebuah Genre
78. Peribahasa sebagai Perian Bangsa
79. Sastera, Kritikan dan Adab
80. Belajar dari Masa Sudah, Mencipta untuk Masa Kini
81. Penulis Malaysia di Pentas Antarabangsa
82. Nobel yang Jauh
83. Sebuah Sketsa Buat Penyair Siti Zainon
84. Beberapa Titik Penting Hidup Seorang Pengarang
85. Jati Diri Bangsa Malaysia: Bayangan Dakwat Barat dan Timur
86. Terjemahan: Menatang dengan Ilmu dan Sastera
87. Nikmat Naskhah
88. Pengakuan Seorang Pengumpul Buku: Saya Salahkan Guru!
89. Biografi dan Autobiografi: Sebuah Dunia Diri Berwarna Khalayak
90. Wajah Sastera Malaysia dalam Bahasa “Orang Putih”
91. Mencari Suasana Intelektual
92. Berdiri di Tebing Menikmati Contoh Seberang
93. Buka Kembali Pintu Sastera dan Tamadun!
94. Sastera dan Pedagogi
95. Meditasi Kembara
96. Makna Segala-galanya
97. Amin Sweeny Pemikir Sastera Lisan
98. Teori Rasa Bharata Muni
100. A. Teeuw: Sarjana, Guru dan Penterjemah
101. E-Buku Buat Pembaca Buku Kertas
102. Sarjana dan Pustakawan Digital
103. Hang Tuah, Hang Li Po dan Sejarah Awal
104. The Soul of Malaya (Nurani Tanah Melayu)
105. Ke Manakah Perginya Kritikan Puisi?
106. Mengunjungi Kembali Kebijaksanaan Peribahasa
107. Nikmat Perpustakaan
108. Sastera dalam Sebuah Telefon Bimbit
109. Maka Berkisahlah Borneo
110. Tidur Bersama Kamus
111. Kembara ke Jantung Bahasa
112. Seluruh Dunia Belayar dalam Laut Bahasa Melayu
113. Daripada Genius Kampung: Penama dan Pemeri Bahasa Melayu
114. Kuntum Terindah di Taman Bahasa
115. Pemburu Kamus di Belantara Buku
116. Bahasa, Zaman dan Kerelevanan
117. Persatuan Sarjana Sastera ASEAN
118. Perpustakaan Itu Tanah Airku
119. Ucapan Penerimaan Tokoh MASTERA 2014
Biodata
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet