Einstein: Mencari Jagat Kehidupan dan Pemikiran

WALTER ISAACSON (b. May 20, 1952 – ) is an American writer and journalist. He is the University Professor of History at Tulane University. He has been the President and CEO of the Aspen Institute, a nonpartisan educational and policy studies organization based in Washington, D.C., chairman and CEO of CNN and Managing Editor of Time. He has written biographies of Leonardo da Vinci, Steve Jobs, Benjamin Franklin, Albert Einstein, and Henry Kissinger.

Terjemahan oleh Ashraf Khalid, Syed Omar Husain, Jabbar Salleh, Zahid M. Naser dan Maisarah Atan

IBDE (Cetakan Pertama, 2018)
763 halaman

RM80.00

In stock

Einstein: Mencari Jagat Kehidupan dan Pemikiran merupakan terjemahan daripada Einstein: His Life and Universe karya Walter Isaacson. Bagaimana minda Einstein berfungsi dan bekerja? Apakah yang menjadikannya manusia genius? Inilah antara persoalan yang cuba dijawab dalam biografi karya Walter Isaacson. Selain itu, penulis juga membentangkan secara menarik kisah hidup Einstein yang merupakan satu kesaksian terhadap hubungan antara daya cipta dan kebebasan.

Einstein: Mencari Jagat Kehidupan dan Pemikiran dikarang berdasarkan surat-surat peribadi Einstein dan menelusuri perjalanan hidup seorang kerani paten yang tidak mendapat perhatian sesiapa sehinggalah dia menjadi salah seorang tokoh sains dan pemikir paling terkenal di dunia – tokoh yang telah banyak membongkar ‘misteri’ alam semesta dan pernah menjadi rebutan banyak universiti terulung.

Untuk memahami imaginasi dan intuisi Einstein dengan tepat, caranya bukan dengan meneliti corak glia dan alur otaknya seperti yang dibuat oleh ramai penyelidik. Soalan yang relevan adalah bagaimana mindanya bekerja, bukan otaknya. Einstein sendiri paling sering menyebut yang tahap pencapaian mentalnya dipengaruhi oleh rasa ingin tahu. Seperti disebut tidak berapa lama sebelum meninggal dunia, “Saya tiada bakat istimewa, cuma saya terlalu ingin tahu.”

Barangkali ciri itu yang pertama perlu dilihat jika kita mahu meneliti unsur kecerdikannya. Sewaktu kecil dan terlantar sakit di katil, dia cuba memikirkan mengapa jarum kompas menuding ke utara. Sebahagian besar kita masih ingat yang kita pernah melihat jarum itu berputar, tetapi hanya segelintir di kalangan kita yang dengan penuh ghairah menggali persoalan tentang bagaimana medan magnet berfungsi, seberapa pantas ia mampu merambat, dan bagaimana ia mungkin berinteraksi dengan materi.

Bagaimana keadaannya jika kita berlumba di samping sejalur cahaya? Jika kita bergerak menerusi satu ruang yang bengkok seperti kumbang bergerak merentasi sehelai daun yang melekuk, bagaimana kita boleh merasainya? Apa maknanya bila dikatakan yang dua peristiwa sedang berlaku serentak? Dalam kes Einstein, rasa ingin tahu bukan cuma timbul daripada keinginan untuk mempersoalkan misteri. Lebih penting, ia datang daripada rasa kagum kekanak-kanakan yang mendorongnya untuk mempersoalkan perkara yang biasa pada pandangan kita, hal-hal yang pernah disebutnya sebagai “hal biasa yang orang dewasa biasa tidak pernah ambil pusing.”

Dia mampu melihat fakta-fakta yang diketahui umum dan kemudian membangkitkan perkara yang tidak terpandang oleh orang lain. Sejak Newton misalnya, saintis telah tahu yang jisim inersia (inertial mass) setara dengan jisim graviti (gravitational mass). Tetapi Einstein melihat yang hal tersebut bererti ada kesetaraan antara graviti dan pecutan yang mampu memberi satu penjelasan tentang alam semesta. Einstein yakin bahawa alam semulajadi tidak dipenuhi dengan ciri-ciri tidak berkaitan. justeru itu, mesti ada tujuan bagi rasa ingin tahu. Bagi Einstein, rasa ingin tahu wujud kerana ia mencipta minda yang mempersoalkan benda-benda dan kemudian melahirkan pula penghargaan terhadap alam semesta yang disamakannya dengan perasaan keagamaan. “Rasa ingin tahu ada sebabnya yang tersendiri untuk wujud,” jelasnya. “Kita tidak dapat mengelak daripada merasa kagum apabila merenung misteri keabadian, kehidupan, dan struktur realiti yang mengagumkan.”

Sejak zaman awalnya, sifat ingin tahu dan imaginasi Einstein diungkapkan terutama menerusi visual — gambaran mental dan ujikaji pemikiran — melebihi menerusi lisan. Ini mencetuskan keupayaan untuk menggambarkan realiti fizikal yang dilukis dengan coretan matematika. “Di balik sesuatu rumus, dia serta! merta dapat melihat kandungan fizikal, sedangkan bagi kita ia kekal sebagai satu formula abstrak,” sebuah salah seorang pelajarnya yang terawal. Planck mendatangkan konsep quanta yang dilihatnya terutama sebagai satu alat matematik, tetapi Einstein memahami realiti fizikalnya. Lorentz menghasilkan transformasi matematik yang menjelaskan tubuh yang sedang bergerak, tetapi Einstein mencipta satu teori relativiti yang baru berasaskannya.

Suatu hari pada dekad 1930an, Einstein mengundang Saintohn Perse ke Princeton untuk memahami bagaimana penyair itu bekerja. “Bagaimana idea sesuatu sajak muncul?” tanya Einstein. Penyair itu menyebut peranan yang dimainkan oleh intuisi dan imaginasi. “Begitu juga bagi seorang ahli sains,” balas Einstein dengan gembira. “Ia satu iluminasi mendadak, hampir seperti satu ledakan. Sudah tentu selepas itu anak menganalisa dan melakukan ujikaji bagi mengesahkan atau menyangkal intuisi itu. Tetapi pada awalnya terjadi satu lonjakan imaginasi.”

Ada estetika pada pemikiran Einstein, ada rasa keindahan. Dan dia merasakan salah satu komponen keindahan adalah kesederhanaan (simplicity). Einstein menggemakan diktum Newton, “Alam semulajadi senang dengan kesederhanaan” dalam satu kredo yang disebutnya di Oxford pada tahun dia meninggalkan Eropah untuk ke Amerika: “Alam semulajadi adalah pelaksanaan gagasan matematik paling sederhana yang dapat difikirkan.”

Meski ada prinsip falsafah seperti “Occam razor” yang berkait dengan hal tersebut, tiada sebab terang-terangan yang menunjukkan bahawa ia tentunya benar. Mungkin benar Tuhan sebenarnya bermain dadu, tetapi mungkin benar pula bahawa dia gemarkan kerencaman. Tetapi Einstein tidak bersetuju. “Dalam membina sesuatu teori, pendekatannya mempunyai persamaan dengan pendekatan seorang seniman,” sebut Nathan Rosen, pembantunya pada dekad 1930an. “Dia akan menyasarkan kesederhanaan dan keindahan, dan keindahan baginya tidak lain pada asasnya adalah kesederhanaan.”

Dia menjadi seperti seorang penjaga taman yang membuang rumpai dari batas pohon bunga. “Saya percaya Einstein begitu berjaya terutama kerana kualiti moralnya,” kata ahli fizik Lee Smolin. “Berbanding kebanyakan rakan sebidang dengannya, dia jauh lebih, peduli bahawa aturan fizik perlu menjelaskan segala sesuatu dalam alam secara koderen dan konsisten.”

Kepedulian Einstein terhadap kesepaduan tersemat dalam perwatakannya dan tercermin dalam pandangan politiknya. Sepertimana dia berusaha mencari teori yang sepadu dalam sains yang dapat mentadbir semesta, begitu juga dia mencari teori yang sepadu dalam politik yang dapat mentadbir bumi, yang dapat mengatasi huru-hara akibat nasionalisme tidak terkekang Inenerusi satu persekutuan dunia yang berasaskan prinsip sejagat.

Barangkali aspek terpenting pada peribadinya adalah kesanggupannya untuk menjadi seorang yang bukan-penurut. Sikap ini yang diraikan dalam satu kata pengantar yang ditulisnya tidak lama sebelum dia meninggal dunia bagi satu edisi baru Galileo. “Tema yang saya dapati pada karya Galileo adalah perjuangan bersemangat menentang sebarang jenis dogma berasaskan wibawa.”

Planck, Poincare, dan Lorentz, semuanya hampir berjaya membuat terobosan yang dibuat oleh Einstein pada tahun 1905. Tetapi mereka terlalu terkurung dalam dogma yang berasaskan wibawa. Hanya Einstein yang cukup pemberontak untuk mengenepikan pemikiran konvensional yang berkurun-kurun menguasai sains.

Semangat bukan-penurut ini yang membuatkannya tersentak melihat askar Prussia berkawat menggunakan “lockstep”. Semangat itu juga yang membentuk pandangan politiknya. Dia membenci semua bentuk tirani ke atas minda bebas, dari Nazisme sampai kepada Stalisnisme dan juga McCartyisme.

Pegangan asas Einstein, kebebasan memberi nyawa kepada daya cipta. “Perkembangan sains dan kegiatan kreatif,” ujarnya, “memerlukan kebebasan yang terdiri daripada kemerdekaan berfikir daripada kekangan autoritarian dan prasangka masyarakat.” Dia percaya peranan asas kerajaan dan misi pendidikan ialah untuk memupuk semangat itu.

Terdapat seperangkat rumus mudah yang menjelaskan cara pandang Einstein. Daya cipta menuntut kesanggupan untuk tidak menurut. Untuk itu, minda dan semangat yang bebas perlu diasuh, dan usaha ini pula memerlukan “semangat toleransi.” Toleransi pula didasari oleh kerendahan hati — keyakinan bahawa tiada sesiapa berhak memaksakan gagasan dan kepercayaannya ke atas orang lain.

Dunia telah menyaksikan banyak manusia genius yang biadab. Einstein istimewa kerana minda dan jiwanya memiliki rasa rendah hati. Dia cukup yakin diri ketika menempuh haluan yang sunyi bersendirian, tetapi dia juga dengan rendah hati mengagumi keindahan hasil ciptaan alam. “Ada kekuatan yang terjelma dalam aturan semesta — satu kekuatan yang jauh lebih unggul daripada kekuatan manusia, kekuatan yang ketika kita menghadapinya, dengan kuasa kita yang tidak seberapa, kita semestinya merasa rendah hati,” tulis Einstein. “Dengan cara ini, kegiatan sains membawa kita kepada satu perasaan keagamaan yang istimewa.”

Bagi sesetengah orang, keajaiban adalah bukti kewujudan Tuhan. Bagi Einstein, tiadanya keajaiban mencerminkan ketetapan tuhan. Hakikat bahawa alam semesta dapat difahami, bahawa ia bergerak menurut aturan tertentu, layak untuk dikagumi. Inilah ciri penentu “Tuhan yang menyingkap dinnya dalam keharmonian segala yang wujud.”

Einstein menganggap perasaan kagum ini, “agama semesta” ini, sebagai mata air semua seni dan sains sejati. Perasaan itulah yang memimpinnya. “Ketika saya menilai sesuatu teori,” katanya, “saya bertanya kepada diri sendiri sama ada, jika saya Tuhan, apakah saya akan mengatur dunia menurut cara sedemikian.” Hal ini juga yang membuatkan keyakinan dan kekaguman teradun dengan begitu indah pada diri Einstein.

Dia seorang penyendiri yang memiliki ikatan intim dengan umat manusia, seorang pemberontak yang melimpah rasa hormatnya. justeru itulah seorang kerani paten yang imaginatif dan tidak dipedulikan orang menjadi pembaca minda pencipta alam semesta, pembuka kunci misteri atom dan jagatraya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 1.006 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 5.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789671549797

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Einstein: Mencari Jagat Kehidupan dan Pemikiran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.