Ejaan Rumi Sepanjang Zaman mendokumentasikan bahasa Melayu yang bertradisi agung sebagai wadah penampilan wajah peribumi bangsa Malaysia daripada sudut perancangan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau, khususnya bidang pembakuan sistem ejaan Rumi di Malaysia. Pedoman ejaan Rumi yang dikemaskinikan bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Bersama (SEB) yang dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Pelaksanaannya sebagai alat komunikasi bahasa dan penyampai ilmu berjaya dan berkembang dengan sihat.
Pelbagai golongan masyarakat menerimanya dengan baik dan menggunakannya dengan meluas dalam segala urusan penulisan dan penerbitan di Malaysia dan di Indonesia. Penulisan ini mengutarakan sejarah perkembangan ejaan Rumi daripada penggunaan huruf Latin yang pertama dalam abad ke-16 hingga kepada rumusan Sistem Ejaan Rumi Bersama tahun 1972.
Terdapat pola keselarasan bunyi vokal tertentu dalam sistem fonologi bahasa Melayu yang berlaku secara tetap (constant), sekurang-kurangnya bermula pada awal abad ke-16 hingga Sistem Ejaan Rumi Bersama tahun 1972 dilaksanakan. Sistem keselarasan vokal yang dimaksudkan itu ialah kehadiran bunyi (e) dan (o) pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir mengandungi vokal /a/, /i/, /u/ atau pepet, iaitu sistem bunyi menurut dialek Melayu Riau-Johor yang mendasari bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kesimpulan ini dibuat berlandaskan perlakuan grafem dalam hampir kesemua tulisan dan sistem ejaan Rumi sebelum abad ke-20 yang menggunakan (e) dan (o) pada suku kata akhir tertutup sebagai lambang bagi bunyi yang dimaksudkan. Di Malaysia, fonem /e/ dan /o/ pada posisi akhir tertutup yang mengikuti /a/, /i/, /o/ atau pepet yang hadir sebelumnya masih berlaku sebagai bunyi [e] dan [o], sedangkan Sistem Ejaan Rumi Bersama tahun 1972 melambangkannya dengan (i) dan (u) satu per satu.
Sesungguhnya, tanpa bunyi bahasa, tiada kata untuk ujaran. Tanpa ujaran, tiada tulisan dan ejaan. Sudah separuh alaf usaha dilakukan untuk merakamkan bahasa Melayu dengan tulisan Rumi, di samping tulisan Jawi. Justeru penelusuran usaha dan kepustakaan dalam tempoh tersebut mempamerkan wujudnya kebersungguhan masyarakat antarabangsa dan setempat dalam mengenali bunyi sebutan dalam bahasa Melayu serta mencipta, menggunakan dan membakukan ejaan Rumi sepanjang zaman.
Senarai Rajah
Kata Pengantar
Pengenalan
Penghargaan
Senarai Lambang
BAB SATU TEORI PERANCANGAN BAHASA
Pendahuluan
— Teori, Konsep, Istilah dan Definisi
— Matlamat Perancangan Bahasa
— Dimensi dan Pendekatan Perancangan Bahasa
— Program dan Jenis Perancangan Bahasa
Perancangan Status Bahasa
— Dasar Bahasa
— Taraf Bahasa
— Fungsi Bahasa
— Pemilihan Bahasa
Perancangan Korpus Bahasa
— Bahasa Standard
— Kodifikasi dan Standardisasi
— Peluasan dan Modenisasi
BAB DUA PERKEMBANGAN EJAAN MELAYU SEBELUM ABAD KE-20
Pendahuluan
— Sistem Bunyi Bahasa Melayu
— Sistem Bunyi dan Tulisan Bahasa Melayu Kuno
Zaman Permulaan Perkembangan Tulisan Rumi (1511-1900)
— Permulaan Tulisan Bahasa Melayu dengan Huruf Latin (Abad Ke-16 dan Ke-17)
— Tulisan Rumi yang Pertama: Ejaan Rumi Kaedah Jali (1522)
— Ejaan Rumi Kaedah Belanda: Glosari Belanda-Melayu (1595)
— Ejaan Rumi Kaedah Belanda-Latin: Kamus Melayu-Latin-Melayu (1631)
Kaedah Ejaan Rumi menurut Sistem Ejaan Bahasa Inggeris Abad Ke-18 dan Ke-19
— Ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701)
— Ejaan Rumi J. Howison (1800-1801)
— Sistem Ejaan Rumi William Marsden (1812)
— Transliterasi Jawi kepada Rumi
BAB TIGA PERANCANGAN SISTEM EJAAN RUMI TAHUN 1900-1967
Pendahuluan
Perkembangan Ejaan Rumi di Tanah Melayu (1900-1959)
— Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
— Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1941)
— Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
— Ejaan Kongres (1956)
— Ejaan Rumi PBMUM (1959)
— Kesimpulan
Perkembangan Ejaan Rumi di Indonesia (1900-1959)
— Ejaan Rumi Ch. van Ophuijsen (1901)
— Sistem Ejaan Soewandi (1947)
— Ejaan Pembaharuan Bahasa Indonesia (1957)
— Ejaan Baru Bahasa Indonesia (1966)
Penyatuan Ejaan Rumi Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia
— Ejaan Melayu-Indonesia (Melindo) Tahun 1959
BAB EMPAT SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1972
Pendahuluan
Penggunaan Huruf
— Abjad dan Huruf
— Pelambangan Vokal
— Pelambangan Diftong
— Pelambangan Konsonan
Persukuan
Penulisan Kata
— Penulisan Kata Serapan
— Penulisan Kata Turunan
— Penulisan Kata Depan
— Penulisan Kata Ulang
— Penulisan Kata Ganti Singkat
— Penulisan Partikel
— Penulisan Frasa dan Kata Majmuk
— Penulisan Kata Sandang
Penulisan Angka dan Bilangan
Penulisan Huruf
Penulisan Nama Diri
Tanda Baca
Kesimpulan
BAB LIMA PELAKSANAAN, PENILAIAN DAN RUMUSAN
Pendahuluan
Proses Standardisasi Ejaan Rumi
Pelambangan Sistem Keselarasan Vokal
Ejaan Rumi dan Sebutan Baku
Pelaksanaan dan Penilaian
— Perancangan Penyebaran Maklumat Ejaan Rumi Bersama
— Masalah dalam Penggunaan Ejaan Rumi dan Penyelesaiannya
Penutup
Bibliografi
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet