Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara

HAJI WAN MOHD SHAGHIR WAN ABDULLAH dilahirkan di Pulau Midai, Kepulangan Riau, Indonesia pada 17 Ogos 1945. Hasil perkahwinannya dengan Hamidiyah binti Haji Abdul Majid beliau telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya, Wan Jumanaatul Karamah, selain daripada menjadi tutor di Fakulti Pengajian Islam di UKM mengendalikan Khazanah Fathaniyah, peninggalan beliau. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 tokoh ulama Nusantara, 192 buah buku, beratus artikel, termasuk penulis tamu Utusan 2002 – 2006 (setiap minggu), dan membentang kertas kerja di peringkat ASEAN.

Khazanah Fathaniyah (Cetakan pertama, 2015)
295 halaman, termasuk manuskrip asal Jawi

RM60.00

In stock

Product ID: 13751 SKU: 9789839701913 Category: Tags: , , ,

Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara menghimpunkan segala khazanah naskah klasik Nusantara dari ulama-ulama Melayu dari pelbagai sudut bidang termasuk dari sudut bahasa dan sejarah. Usaha menjilidkan khazanah manuskrip klasik dijalankan secara penuh komited oleh Khazanah Fathaniyah. Sejarah penubuhan Khazanah Fathaniyah telah bermula sejak tahun 1970 lagi, namun secara rasminya adalah pada tahun 1995, oleh pengasasnya almarhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah. Tujuan penubuhannya adalah untuk menerbit semula serta menyebarluaskan kitab-kitab ulama’ Melayu silam bagi mengekalkan pemeliharaan khazanah-khazanah warisan berharga tersebut.

Khazanah Fathaniyah juga berperanan menerbit dan mengedarkan karya-karya yang dikarang mahupun ditransliterasi oleh beliau sendiri, yang banyak berkisar mengenai pemikiran-pemikiran klasik, tokoh-tokoh ulama silam serta karya-karya mereka.

Hampir keseluruhan karya-karya ulama’ dalam Dunia Melayu menjadi koleksi Khazanah Fathaniyah yang berupa bahan-bahan asli terdiri dari manuskrip kitab, surat, gambar, catatan dan lain-lain dari pelbagai bidang ilmu seperti Ilmu Fiqh , Aqidah, Ilmu Hadith, Ilmu Tasawuf dan Tarekat ,Terjemahan al-Qur’an, Ilmu Tajwid, Ilmu Nahwu dan Saraf, Ilmu Balaghah, Ilmu Thib (Perubatan), Ilmu Hisab dan Falak, Ilmu Bahasa dan Sejarah, dan lain-lain lagi.

Menerusi Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara, pembaca boleh mendapat akses kepada manuskrip klasik yang kebanyakannya sudah tidak lagi boleh didapati di mana-mana termasuklah perpustakaan universiti tempatan. Manuskrip naskhah klasik tersebut, merupakan perkumpulan daripada karya-karya ulama’ Asia Tenggara yang terkenal sewaktu satu ketika dahulu.

Kebanyakan ulama’ Asia Tenggara di antaranya ada yang berperanan atau berpengaruh bukan untuk peringkat Asia Tenggara atau dunia Melayu saja, tetapi juga berperanan di peringkat antarabangsa. Mengenai ini dapat kita bicarakan bahawa sangat ramai yang diberikan kelayakan mengajar di Masjidil Haram, mengarang dalam bahasa Arab, menjadi imam dan khatib di Masjidil Haram, dan pemikiran yang dapat digunapakai oleh masyarakat Islam antarabangsa.

Nama mereka tetap masih diketahui oleh masyarakat Islam di seluruh Asia Tenggara kerana karya-karya mereka adalah merupakan kitab-kitab ‘turath Islami’ yang masih diajar. Mereka adalah penyambungan sanad/salasilah pengajian Islam tradisional Asia Tenggara.

Penulis membahagikan ulama’ Asia Tenggara kepada beberapa peringkat dengan berdasarkan karya-karya yang dihasilkan oleh mereka. Berdasarkan penyelidikan, penulisan meletakkan 10 peringkat perjuangan penulisan Islam oleh ulama Asia Tenggara. Namun penulis perkecilkan menjadi tiga kelompok ulama yang paling terkenal, ialah:

i) Kelompok yang terdiri daripada senarai nama: Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syeikh Syamsuddin Sumatra-i, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, dan Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, semuanya di Aceh. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati alMankatsi (Bugis), Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu, dan Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, dan ramai lagi.

ii) Kelompok yang terdiri daripada senarai nama: Syeikh Abdus Samad alv Falimbani, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi dan Syeikh Ahmad Khatib as-Sambasi, dan ramai lagi.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 1.055 kg
Dimensions 26.4 × 18.4 × 2.9 cm
Edition

Format

ISBN

9789839701913

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.