Out of stock

Entelah: Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban

Penulisan bersama PATRICIA GANING, ASMIATY AMAT dan LOKMAN ABDUL SAMAD

Penerbit UPSI, UMS, UNIMAS (Cetakan Pertama, 2020)
128 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Entelah: Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban membincangkan tentang teka-teki atau entelah yang dimiliki Ban orang Iban di Sarawak dan hubungannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut. Penulisan ini asalnya adalah kajian terhadap entelah di daerah Sebauh, Bakong dan Subis, di Miri yang dikutip secara kajian lapangan dan juga teka-teki yang diperoleh daripada Tun Jugah Foundation. Entelah dianalisis menggunakan teori semiotik Sanders Peirce, Penelitian tersebut mendapati bahawa teka-teki Iban memiliki bentuk dan struktur yang agak berbeza dengan teka-teki yang wujud di alam Melayu. Teka-teka biasa memiliki soalan dan jawapan dengan bentuk pernyataan berupa ayat sebaris atau dua baris seperti pantun dua kerat, manakala entelah bukan sahaja memiliki pernyataan, tetapi ia juga memiliki menua (pembayang) pada penyataan. Uniknya, pembayang dan jawapan entelah tidak mempunyai perkaitan dan orang yang ingin meneka perlu memiliki kebijaksanaan luar biasa untuk meneka entelah yang diberikan.

Fungsi entelah yang mirip seperti teka-teki lain dunia juga memperlihatkan keunikan tersendiri bilamana ia bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan dan juga menguji minda tetapi lebih jauh daripada itu, teka-teki Iban sarat dengan nilai dan kepercayaan masyarakat ini. Pandang hidup masyarakat Iban menerusi penciptaan entelah memberikan satu dimensi pengetahuan lokal Iban yang tidak ternilai. Buku ini tidak hanya memperincikan pandang hidup masyarakat Iban menerusi entelah tetapi turut menyajikan perincian berkenaan subjek yang sering kali ditonjolkan menerusi entelah. Terdapat tiga subjek yang agak besar dalam penciptaan entelah, iaitu Dewi Kumang, pokok tualang dan juga babi. Walau bagaimanapun, bagi perbincangan yang lebih berfokus, buku ini hanya akan membincangkan dua subjek tersebut, iaitu Dewi Kumang dan pokok tualang, sementara subjek babi akan dikemukakan dalam siri penerbitan seterusnya. Walaupun dua subjek ini bukan menjadi subjek keseluruhan penciptaan entelah tetapi ia menjadi inti pati yang sangat penting. Selaras dengan itu, subjek-subjek ini sebenarnya sangat penting dalam cakerawala hidup masyarakat Iban dan menjadi pedoman atau sebutan bagi mereka setiap kali melaksanakan tatakehidupan sehari-hari.

Buku ini dihasilkan bagi merungkai tanda-tanda Dewi Kumang dan pokok tualang sebagai petanda-petanda yang diinterpretasikan dalam entelah. Entelah menjadi lebih istimewa dan unik kerana kandungan penyataan, tempat, pembayang dan jawapannya memperlihatkan banyak tanda yang perlu dirungkaikan. Tanda-tanda tersebut bukan hanya diletakkan secara semberono oleh penciptanya, tetapi memiliki makna yang perlu dirungkaikan. Setelah tanda-tanda tersebut dikenal pasti, ia perlu ditafsir bagi memperlihatkan sama ada wujud hubungan yang rapat antara entelah dan sistem kepercayaan serta kehidupan masyarakat Iban. Sehubungan dengan itu, fungsi entelah sebagai alat hiburan yang memiliki fungsional terhadap kepercayaan dan kehidupan masyarakat dapat ditonjolkan. Perkara ini menunjukkan bahawa entelah bukan semata-mata berfungsi sebagai hiburan tetapi memiliki pemikiran dan nilai masyarakat Iban.

Senarai Jadual
Senarai Rajah
Glosari
Prakata
Pendahuluan

1. Latar dan Pandang Dunia Masyarakat Iban
2. Puisi Tradisi Masyarakat Iban
3. Entelah dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban
4. Dewi Kumang dalam Entelah Iban
5. Pokok Tualang dalam Entelah Iban

Penutup
Bibliografi
Indeks

Weight0.224 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

, ,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.