Out of stock

Etnomatematik: Matematik Dalam Kehidupan Masyarakat

SHARIFAH KARTINI SAID HUSAIN adalah Ketua Program Nilai Matematik dalam Masyarakat, Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Algebra (Leibniz Algebra). Terlibat dalam penyelidikan Matematik Tulen (Leibniz Algebra), Etnomatematik, Sistem Nilai dan Pendidikan Matematik serta Sejarah dan Falsafah Matematik. Beliau juga betbakat dalam penulisan puisi yang bertemakan sains, motivasi dan ketuhanan/keagamaan.

MOHD ROHAlZAT ABDUL WAHAB adalah Pegawai Sains di Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia. Terlibat dalam penyelidikan berkaitan etnomatematik, arkeologi budaya, seni dan warisan di Alam Melayu.

ZULISKANDAR RAMLI adalah Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah arkeologi, kajian budaya dan kelestarian warisan di Malaysia. Terlibat dalam penyelidikan berkaitan zaman prasejarah, protosejarah, arkeologi budaya. sejarah asal-usul Melayu serta pemuliharaan dan kelestarian warisan negara.

Penerbit UKM (2018, Cetakan Pertama)
196 halaman

RM30.00

Out of stock

Etnomatematik: Matematik Dalam Kehidupan Masyarakat adalah hasil kompilasi makalah terpilih daripada kajian penulis dalam bidang etnomatematik di Malaysia. Tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan dokumentasi yang boleh dikongsi bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berminat dan ingin mendalami bidang etnomatematik, khususnya pelajar, pensyarah dan penyelidik.

Etnomatematik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu masyarakat. Sering juga dikenali sebagai Kearifan Lokal/Tempatan kerana ia menonjolkan matematik yang muncul daripada budaya setempat. Adalah dipercayai terdapat banyak unsur etnomatematik yang telah menyumbang kepada pembinaan ilmu dalam sistem masyarakat di negara ini. Kehebatan penggunaan matematik dalam masyarakat yang masih lagi baharu dan belum dibongkar sepenuhnya untuk pengetahuan umum. Sejajar dengan tujuan tersebut, penerbitan buku ini adalah bagi menjelaskan unsur matematik dalam kehidupan manusia daripada aspek khusus seperti kreativiti penghasilan produk tenunan dan hiasan perahu, nilai, sejarah, muzik, kepercayaan, dan pendekatan pendidikan yang berkait rapat dengan bidang Etnomatematik.

Etnomatematik: Matematik Dalam Kehidupan Masyarakat turut dihasilkan bagi memperkayakan lagi bahan bacaan berkaitan matematik dan sosio-budaya setempat kerana sememangnya terdapat kekurangan maklumat tentang bidang ini dalam masyarakat. Adalah diharapkan penghasilan buku ini dapat mempertingkatkan kesedaran pihak yang berwajib serta masyarakat umum bahawa matematik lahir dari budaya itu sendiri dan boleh digunakan untuk memajukan masyarakat tersebut.

Etnomatematik: Matematik Dalam Kehidupan Masyarakat terbahagi kepada dua bahagian utama dan penting dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik iaitu aspek pendidikan dan aspek etnomatematik. Dari aspek etnomatematik, pembaca dapat melihat bagaimana matematik berperanan dalam menjayakan bidang-bidang ilmu lain serta bagaimana ianya diperlukan dalam aktiviti kehidupan manusia seharian. Manakala aspek pendidikan pula diperlukan kerana pengaplikasian matematik dalam bidang-bidang lain atau dalam kehidupan hanya akan dapat terlaksana apabila seseorang itu memiliki dan memahami ilmu matematik. Di sini seseorang itu perlu belajar atau dengan kata lain, perlu melalui sistem pendidikan.

Sesuatu bangsa hanya akan maju dan berdaya apabila ahli dalam masyarakatnya memperoleh pendidikan. Tetapi, dalam pendidikan apabila tidak diajar unsur sejarah dan nilai serta peranan sesuatu ilmu dalam kehidupan akan menjadikan pengajaran dan pembelajarannya membosankan dan jauh dari pemahaman dan penghayatan. Pelajar akan mula memahami dan menghayati sesuatu ilmu itu apabila diajar tentang asal-usul perkembangan dan peranannya. Ini jelas menunjukkan bahawa keduadua aspek adalah saling memerlukan antara satu sama lain.

Weight0.28 kg
Dimensions23 × 15 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.