Sains dan Teknologi: Wahana Akal Budi Melayu diterbitkan dengan tujuan menambah korpus ilmu dalam sains dan teknologi Melayu khususnya mengenai pencapaian, sumbangan sarjana, pengiktirafan dan pemikiran falsafah sains dan teknologi Alam Melayu dalam konteks akal budi Melayu. Akal budi Melayu merujuk kepada tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai pengetahuan dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran dan tingkah laku orang Melayu yang dicetuskan dalam menangani pelbagai masalah.
Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan sains dan teknologi dalam naskhah lama, permasalahan utama sains dan teknologi Melayu, kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan sains dan teknologi, pemikiran sains dan teknologi serta zoologi dalam peribahasa. Selanjutnya dibincangkan mengenai peranan sains dan teknologi dalam alat muzik Melayu, kedudukan unsur sains dan seni bina dalam tafsir al-Quran. Turut dibahaskan mengenai pengaruh mazhab Shafi’e dalam sains dan teknologi di Alam Melayu.
Reviews
There are no reviews yet