Etnosains Warisan Budaya Alam Melayu

Disunting oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIAN, NOR ZALINA HARUN dan AHMAD BAZRI MOKHTAR

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
166 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

Etnosains Warisan Budaya Alam Melayu membincangkan dua bahagian utama dalam warisan budaya iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara serta hubungkaitnya dengan ilmu etnosains masyarakat Melayu. Bidang etnosains alam Melayu merupakan warisan budaya ilmu tempatan yang mengetengahkan keindahan ilmu sains dan teknologi dalam masyarakat Melayu. Alam Melayu terkenal sebagai sebuah wilayah yang kaya dengan sumber alam semula jadi yang menjadi buruan setiap kerajaan sebelum abad ke-20 Masihi. Selain daripada sumber alam semula jadi, tanah bertuah ini juga memiliki ilmu etnosains tersendiri yang membantu penduduknya dalam perkembangan fizikal Tamadun Melayu seperti dalam bidang seni bina, seni pembuatan, perubatan, pertanian dan sebagainya. Kehidupan masyarakat yang sangat dekat dengan alam semula jadi turut menjadikan alam sebagai guru dalam kehidupan mereka melalui pemerhatian sifat alam dan proses semula jadi yang berlaku seperti perubahan cuaca, tumbesaran tumbuhan, pasang surut air dan sebagainya. Interaksi dengan alam dan pengamatan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja sekadar memberikan pengalaman hidup tetapi ia juga menghasilkan panduan kehidupan yang dikenali sebagai peribahasa, petua, perumpamaan dan misalan. Kemampuan manusia mencerap fenomena alam tabii merupakan satu proses saintifik yang diterjemah dari pengamatan dan tingkah laku mereka manakala teknologi pula ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia menggunakan ilmu sains untuk membantu membangunkan alam ini.

Ilmu etnosains alam Melayu selalunya bersifat tersirat dar dianggap sebagai satu kemahiran tradisional atau ilmu tradisional yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi seterusnya. Lazimnya ia tidak dilihat dari kaca mata sains dan teknologi tetapi dilihat dari kaca mata warisan budaya tradisional. Ternyata ilmu organik, pembinaan dan kesenian merupakan ilmu berkaitan etnosains yang merupakan satu cabang penyelidikan budaya untuk memahami kaedah masyarakat setempat menyesuaikan diri dan mengoptimumkan sumber alam di sekitar kediaman mereka. Selain itu, masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan ideologi dan falsafah hidup yang mempengaruhi mereka mempertahankan dan mengatur kehidupan. Adalah diharapkan agar buku ini dapat mempromosikan ilmu etnosains Melayu yang merupakan salah satu cabang ilmu etnografi. Buku ini turut berpotensi menjadi rujukan bagi pembangunan teori baru yang lebih bertepatan dengan fenomena budaya setempat dalam mengasah kemahiran dan pemikiran kritis yang menjadi asas dalam kehidupan masyarakat pada masa hadapan.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Ilmu Etnosains dan Warisan Budaya Sebagai Pemangkin Tamadun Melayu
Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Nor Zalina Harun & Ahmad Bazri Mokhtar

Bahagian I: Etnosains dalam Warisan Ketara

2. Reka Bentuk Tengkolok Warisan Kesultanan Perak Darul Ridzuan
Salina Abdul Manan, Zulina Kamarulzaman, Noor Hashimah Alli, Hamdzun Haron & Zuliskandar Ramli

3. Reka Bentuk Mimbar Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Terengganu
Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Mohd Fauzan Mat Sari & Nur Fatiyah Roslan

4. Falsafah Reka Bentuk dan Ragam Hias Rehal
Mohammad Anis Abdul Samad, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab & Ros Mahwati Ahmad Zakaria

5. Islam dan Pengaruhnya ke atas Reka Bentuk Pakaian Melayu
Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohammad Anis Abdul Samad & Mohd Rohaizat Abdul Wahab

6. Harapan dan Cabaran dalam Pemerkasaan Kota Kuala Kedah sebagai Kota Warisan
Mohd Herman Roslan & Nor Zalina Harun

Bahagian II : Etnosains dalam Warisan Tidak Ketara

7. Konvensi Berpantang dalam Bidang Perbidanan di Malaysia
Siti Rohani Binti Rahmad, Nur Afni Binti Abu Hassan & Nor Azimah Mustafar

8. Ilmu dan Panduan Nelayan Melayu dalam Kitab Pelayaran dan Perubatan
Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Zuliskandar Ramli, Syed Haashim Syed Abdul Rahman, & Nurul Fatini Jaafar

9. Manfaat Daun Pisang dalam Ilmu Etnosains Melayu
Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Bahagian III: Pembangunan Produk Etnosains Melayu

10. Pengkomersilan Seni Kraf Labu Sayong dan Tekat Benang Emas
Nor Halina Noordin, Norhafinas Abd Latib & Nor Hasiah Mohd Said

11. Hubungan Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional Negeri Perak
Mohd Samsudin & Megat Zulrushdi Fahimudin

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.261 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.