Out of stock

Glosari Dialek Terengganu

Disusun oleh ISMAIL DAHAMAN

DBP (Cetakan Pertama, 1997)
256 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM30.00

Out of stock

Product ID: 27193 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Glosari Dialek Terengganu mengandungi sebahagian besar kosa kata dialek Terengganu iaitu sejumlah 707 kata masukan utama yang dikumpulkan daripada perbendaharaan kata dialek Terengganu sebagaimana yang dituturkan oleh orang-orang Melayu setempat di daerah-daerah persekitaran. Kawasan geografi di luar dari Terengganu tersebut dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri sebutan kata, penggunaan kata dan pengertian kata yang digunakan oleh penutur-penutur dialek tersebut yang didapati hampirhampir sama dengan yang digunakan oleh penuturpenutur dialek setempat di Terengganu.

Pengumpulan data dan penyusunan Glosari Dialek Terengganu (tahun 1991-1996) diusahakan oleh satu kumpulan lapan orang penyelidik kajian kosa kata dialek, iaitu tiga orang daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan lima orang daripada Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). Prosesnya dilakukan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta penyusunan dan pengeditan melalui bengkel kerja yang terancang. Kajian kepustakaan dilakukan oleh penyelidik-penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka berdasarkan Kamus Dewan (edisi 1970 dan 1989) untuk dikemaskinikan bentuk dan maknanya. Untuk memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pengguna, dimasukkan maklumat tentang kata dialek Terengganu atau kata lain yang terdapat dalam Kamus Dewan yang didapati sama bentuknya atau sama maknanya dengan kata yang tersenarai dalam Glosari Dialek Terengganu sebagai perbandingan.

Glosari Dialek Terengganu diterbitkan untuk tujuan bacaan umum dan rujukan umum. Untuk keperluan ini, glosari ini dilengkapkan dengan maklumat asas yang diperlukan oleh pembaca dan penyelidik yang ingin mengetahui kata dialek Terengganu yang digunakan dengan sebutan dialek dan maknanya yang betul. Maklumat yang dimasukkan ialah kata masukan (kata entri), transkripsi sebutannya, bentuk terbitan (dan sebutannya), kelas kata, makna, contoh ayat dalam bentuk ayat dialek dengan sebutan ayat dialek tersebut, dan padanan bagi ayat dialek tersebut dalam bahasa Melayu baku. Contoh ayat dialek dimasukkan dengan tujuan untuk memberikan gambaran kasar tentang pola dan bentuk ayat dialek yang mengandungi kata dialek yang dibicarakan. Padanan dalam bentuk ayat bahasa Melayu baku pula disediakan untuk membantu pembaca memahami maksud ayat dialek yang bekenaan.

Kelas kata yang ditandakan bagi sesuatu kata dialek adalah berdasarkan penggolongan kelas kata dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993). Empat kelas kata utama yang digunakan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kata kerja yang tergolong kata prakategori tidak banyak kerana kata kerja tanpa imbuhan biasanya lebih mudah : dikategorikan sebagai kata kerja biasa.

Prakata
Pendahuluan

Lambang Bunyi
Singkatan Umum

Glosari Dialek Terengganu

Weight0.315 kg
Dimensions21.3 × 14.1 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.