Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

HENDRIK M.J. MAIER (1960 – ) adalah Profesor Emeritus dalam Pengajian Asia Tenggara di University of California, Riverside. Beliau juga Pengarah SEATRiP (Southeast Asia: Text, Ritual and Performance) di universiti yang sama.

Terjemahan dari judul asal In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa oleh RUHAN SHAHRIR dan AHMAD TAJUDDIN

INTISARI (Cetakan Pertama, 2022)
353 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

In stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!
ISBN: 9789672640516 Product ID: 29754 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa adalah suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier bukan sekadar membaca teks semata-mata tetapi beliau turut menelusuri sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan menampilkan konteks sosial dan politik serta pergelutan pemikiran yang ditempuh oleh bangsa Melayu ketika dua kekuatan luar yang diwakili oleh Islam dan Barat menerobos masuk dengan lebih gencar ke alam Melayu tatkala teks warisan tradisi itu ditemui. Pergelutan pemikiran Melayu tradisional yang berhadapan dengan dua idea asing yang besar dan berpengaruh serta bagaimana elit bangsawan Melayu berunding dengan kedua-dua tenaga dan pemikiran ini menjadi latar dan juga intisari yang cukup penting dalam analisis Maier terhadap teks kesusasteraan Istana.

Tatkala kebanyakan pengkaji lain menumpukan bacaan mereka ke atas Hikayat Merong Mahawangsa dengan menelusuri tema-tema lazim pengajian grafisejarah, Maier membacanya selangkah ke hadapan. Beliau membaca dengan intim teks warisan tradisi Melayu itu, menggunakan pendekatan Barthian. Pendekatan ini mempercayai bahawa sesebuah teks itu terbentuk daripada cebisan-cebisan tisu yang dikutip menerusi pelbagai teks-teks lain, yang pada gilirannya turut mengutip daripada teks-teks lain juga. Justeru sebuah karya adalah bayang-bayang intertekstual daripada karya-karya lain yang dimanfaatkannya. Ini merupakan amalan budaya intertekstual yang dikenali dalam budaya kesusasteraan Melayu (dan budaya kesusasteraan lain juga) kerana ia adalah bahagian daripada lautan amalan yang luas yang berkongsi airnya dengan mereka yang tinggal di tubir-tubirnya. Keadaan ini berlaku kerana sifat lisan-dengar yang mencirikan budaya persuratan dalam kesusasteraan Melayu tradisional, tatkala pengarang-pengarang abad ke-19 bergantung kepadanya untuk “pembinaan dan pemaknaan” karya-karya mereka.

Penghargaan
Catatan Penggunaan Ejaan
Pengenalan

BAB 1 Wibawa

BAB 2 Low — Realiti

BAB 3 Winstedt — Kosa Kata

BAB 4 Tradisi

BAB 5 Retak

BAB 6 Cetak

BAB 7 Teks

BAB 8 Samar

Lampiran I
Lampiran II

Bibliografi
Indeks

Weight 0.585 kg
Dimensions 22.86 × 15.24 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Azmil T. (Verified Reader)

    Verified reviewVerified review - view originalExternal link

    Saya berpuas hati dengan pembelian dan penghantaran buku. Terima kasih!

    (0) (0)
  2. Sevan D. (Verified Reader)

    Verified reviewVerified review - view originalExternal link

    good

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.