Hubungan Antarabangsa: Teori dan Praktis

Penulisan bersama ROY ANTHONY ROGERS, TUNKU MOHAR MOKHTAR dan WAN SHARINA RAMLAH WAN AHMAD AMIN JAFFRI.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2022)
362 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM78.00

In stock

Hubungan Antarabangsa: Teori dan Praktis membolehkan pembaca memahami teori-teori dan amalan hubungan antarabangsa termasuklah dasar luar Malaysia sejak merdeka sehingga kini; selain membincangkan teori-teori hubungan antarabangsa dari Barat dan perspektif Islam. Di samping itu, buku ini turut membincangkan prinsip-prinsip serta kaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa dan undang-undang antarabangsa yang amat relevan memandangkan Malaysia juga terlibat dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Perkara pertama yang perlu difahami mengenai hubungan antarabangsa atau international relations (IR) adalah ia melibatkan interaksi dalam kalangan pelbagai masyarakat. Ia mempunyai persamaan dengan bentuk interaksi harian yang kita lakukan antara satu sama lain. Misalnya, adakalanya kita memulakan sesuatu hubungan dan tawaran, mengadakan rundingan, menggunakan ancaman dan kekerasan untuk memaksa orang lain agar bekerjasama atau bersaing sesama sendiri. Kesemua ini adalah sebahagian daripada tingkah laku manusia. Perkara serupa juga berlaku dalam hubungan antara negara dengan negara lain. Tindakan atau reaksi negara-negara juga sebegitu, misalnya menerusi cara dalam menjalinkan perdagangan termasuklah dalam organisasi antarabangsa seperti United Nations dan ASEAN. Ada masanya negara-negara dalam pertubuhan ini bekerjasama atau bersaing antara satu sama lain sehingga sanggup menggunakan kekerasan misalnya melancarkan peperangan.

Teras tumpuan hubungan antarabangsa pada asasnya adalah untuk mengkaji hubungan atau interaksi dalam kalangan negara. Walau bagaimanapun, kajian kontemporari hubungan antarabangsa juga menganalisis penyertaan pelaku bukan negara. Kajian hubungan antarabangsa prihatin dengan interaksi antara para pelaku. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, para pelaku boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu negara dan bukan negara. Dari segi sejarah, negara adalah pelaku mutlak. Walau bagaimanapun, apabila berakhir Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, masyarakat antarabangsa telah dapat melihat lebih ramai pelaku bukan negara. Oleh itu, hubungan antarabangsa bukan lagi terhad kepada pengkajian interaksi antara negara, malahan merangkumi antara negara dan bukan negara. Sifat interaksi transnasional adalah sama ada dalam bentuk kerjasama atau konflik. Oleh itu, adalah penting untuk memberi perhatian bahawa ada masanya para pelaku negara dan pelaku bukan negara bekerjasama dan terdapat keadaan apabila mereka bersaing di antara satu sama lain. Para pelaku tidak semestinya bekerjasama antara mereka. Adakalanya para pelaku terutamanya negara-negara menggunakan dasar-dasar yang bercanggah dengan negara-negara lain. Matlamat utama kerajaan adalah untuk memenuhi kepentingan negara sendiri. Oleh itu, negara-negara sanggup menggunakan langkah kekerasan seperti peperangan, sekatan ekonomi, tarif asalkan ia relevan untuk mencapai kepentingan negara masing-masing. Kajian peperangan dan perdamaian sentiasa menjadi tumpuan utama hubungan antarabangsa.

Kajian hubungan antarabangsa juga prihatin dengan dasar luar negara. Ia ditakrifkan sebagai usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara di luar sempadan wilayah mereka untuk mencapai kepentingan negara masing-masing. Lebih penting untuk dinyatakan di sini bahawa dasar luar negara tidak semata-mata terhad kepada hubungan antara negara-negara malahan juga interaksi melibatkan pelaku bukan negara. Satu lagi tumpuan utama dalam kajian hubungan antarabangsa adalah untuk menganalisis faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi proses membuat keputusan dasar luar negara. Selain itu, hubungan antarabangsa juga menangani tataurus negara seperti ekonomi, diplomasi dan propaganda. Ia adalah kaedah yang digunakan oleh negara untuk mencapai matlamat kepentingan nasional. Kajian ini juga memberi tumpuan terhadap evolusi masyarakat antarabangsa daripada sistem klasik seperti Yunani kuno hinggalah pada masa kini. Perlu diambil perhatian di sini bahawa kajian hubungan antarabangsa tidak terhad terhadap isu-isu yang berkaitan dengan peperangan dan keamanan sahaja tetapi juga meliputi isu-isu semasa seperti alam sekitar, gender, kemiskinan, hak asasi manusia, pembangunan ekonomi, undang-undang antarabangsa dan bagaimana ia memberi kesan terhadap interaksi antara para pelaku.

Senarai Rajah
Prakata

1. Pengenalan kepada Hubungan Antarabangsa
Pengenalan
Sifat-Sifat Hubungan Antarabangsa
Hubungan Antarabangsa sebagai Disiplin Akademik
Hubungan Antarabangsa dalam Kehidupan Harian

2. Evolusi Sistem Antarabangsa
Pengenalan
Sistem Pra-Westphalian (Sebelum 1648)
Kemunculan Sistem Westphalian (Abad Ke-17 Hingga 19)
Perang Dunia Pertama (1914 – 1918)
Tahun-Tahun Antara Peperangan (1919 – 1939) dan Perang Dunia Kedua (1939 – 1945)
Perang Dingin (1945 Hingga 1991)
Pasca-Perang Dingin (Semenjak 1991)

3. Teori-Teori Hubungan Antarabangsa
Pengenalan
Realisme
Liberalisme
Marxisme
Perspektif Islam Mengenai Hubungan Antarabangsa

4. Negara dan Kuasa dalam Hubungan Antarabangsa
Pengenalan
Asal Usul Konsep Negara
Pendekatan yang Berbeza Mengenai Negara
Sifat-Sifat Kuasa Sesebuah Negara
Hierarki dalam Negara

5. Pelaku-Pelaku bagi Hubungan Antarabangsa
Pengenalan
Pelaku-pelaku Negara
Pelaku-pelaku Bukan Negara

6. Organisasi-Organisasi Antarabangsa
Pengenalan
Evolusi Organisasi Antarabangsa
Ciri-Ciri Organisasi Antarabangsa
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Asean
Objektif Asean

7. Dasar Luar
Pengenalan
Definisi Dasar Luar
Peringkat-Peringkat Penggubalan Dasar Luar
Penggubalan Dasar Luar: Penentu Domestik
Penggubalan Dasar Luar: Penentu-Penentu Antarabangsa

8. Instrumen Dasar
Pengenalan
Diplomasi
Fungsi-Fungsi Diplomasi
Tataurus Ekonomi Negara
Propaganda

9. Dasar Luar Malaysia
Pengenalan
Faktor-Faktor Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia
Dasar Luar Malaysia Semenjak Kemerdekaan

10. Keselamatan Antarabangsa dan Punca Peperangan
Pengenalan
Definisi Peperangan
Sebab-Sebab Peperangan
Jenis-Jenis Peperangan
Pengelakan Peperangan

11. Kesan Globalisasi Terhadap Hubungan Antarabangsa
Pengenalan
Definisi Globalisasi
Evolusi Globalisasi
Punca-Punca Globalisasi
Kesan Globalisasi Terhadap Hubungan Antarabangsa

12. Ekonomi Politik Global
Pengenalan
Teori-teori Utama
Perspektif Liberal
Perspektif Nasionalis
Perspektif Marxisme
Hubungan Dagang Global
Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau
Perdagangan Bebas atau Perdagangan Adil?
Pembangunan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

13. Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa Melalui Kaedah Kekerasan: Secara Unilateral dan Kolektif
Pengenalan
Pertikaian Antarabangsa
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memilih Kaedah Penyelesaian Pertikaian
Kaedah-Kaedah Penyelesaian Pertikaian
Penggunaan Kekerasan (Use of Force)
Penggunaan Kekerasan Secara Unilateral
Penggunaan Kekerasan Secara Kolektif

14. Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa Secara Aman: Kaedah Diplomatik dan Adjudikatif
Pengenalan
Penyelesaian Pertikaian Secara Diplomatik
Penyelesaian Pertikaian Secara Adjudikatif

15. Undang-Undang Antarabangsa
Pengenalan
Definisi Undang-Undang Antarabangsa
Fungsi Serta Skop Undang-Undang Antarabangsa
Sumber Undang-Undang Antarabangsa
Perjanjian
Undang-Undang Lazim Antarabangsa
Hubungan Antara Perjanjian Dan Undang-Undang Lazim Antarabangsa
Sumber Lain Bagi Undang-Undang Antarabangsa

16. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.568 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.