Ikarus karya S.M. Zakir adalah sebuah novel tentang cinta, magis, politik, ideologi, dan kehidupan yang tumbuh daripada realiti dan luar realiti. Seorang lelaki yang percaya bahawa dia adalah keturunan dari bangsa di luar alam manusia, yang tanahnya muncul dari alam ghaib dan menjadi sebuah wilayah manusia yang terasing lalu menyatukan manusia dan bangsa alam ghaib yang bersayap. Atau sebenar 1a adalah sebuah kompleksiti Icarus yang ingin keluar dari Labyrinth dan melahirkan ilusi yang tidak mengenal sempadan realiti lagi.
Ikarus adalah sebuah realisme baru yang meletakkan sebuah realiti, tetapi kemudian melapisi realiti dengan lapisan demi lapisan sehingga realiti itu tenggelam hilang, dan yang wujud adalah sebuah ketumpatan yang tidak terikat kepada ruang dan waktu lagi. Sebuah cinta sebuah realiti dan sebuah keinginan yang terapung dalam dunia Labyrinth yang tidak diketemukan laluan keluar.
Reviews
There are no reviews yet